Monday, August 30, 2010

Rendang Ayam Hijau

Kali ini aku ingin kongsikan satu resepi sedap dan mudah saja untuk menyediakannya. Rendang Ayam Hijau ni tak berwarna merah kerana tidak menggunakan cili kering atau cili boh tapi menggunakan cili hijau untuk menerbitkan aroma dan warna yang agak kehijauan. Sesiapa yang berminat untuk mencubanya, silakan.

Bahan-bahannya :
3 Keping dada ayam (pastikan kulit di buang dan potong ikut kesukaan)
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 cawan santan pekat
5 cm halia
5 cm lengkuas
1/2 cawan kerisik
garam
serbuk perasa
gula
Minyak makan
air asam jawa

Blend cili hijau, halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan serai.  Aku suka blend dengan mencampurkan minyak makan daripada menggunakan air.  Panaskan kuali dan terus tumis bahan yang diblend tak perlu lagi menggunakan minyak makan kerana bahan-bahan tadi telah dikisar menggunakan minyak makan.  Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan dada ayam yang telah dipotong dan dibuang kulitnya.  Masak ayam hingga empuk, masukkan air asam jawa, rasa gula, serbuk perasa dan garam.  Bila ayam dah empuk masukkan santan pekat setengah cawan.  Masukkan kerisik dan kacau hingga pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang Ayam Hijau

Wednesday, August 25, 2010

Puding Roti Mangga

Tengah relax-relax kat rumah tetiba datang plak rajin aku nak menyediakan juadah untuk berbuka puasa esok petang.  Masa lunch hour tengahari tadi aku singgah jap ke Mydin dan beli serbuk dadih buah-buahan perisa mangga.  Kepada sesiapa yang nak cuba resepi puding nih silakan.

Puding Roti Mangga
Bahan-bahannya :
Serbuk dadih buah-buahan perisa mangga (terserah perisa apa yang digemari)
1 tin susu cair
2 Liter air
100 gm gula pasir
6 keping roti gardenia
buah-buahan untuk hiasan

Cara membuatnya :
Masak air di atas api yang sederhana, campurkan gula, susu cair dan bila mendidih, matikan api dan curahkan serbuk dadih dan roti gardenia yang telah di potong kecil (ikut suka hati).  Kemudian tuangkan kedalam bekas untuk disejukkan.  Bole la di hias ikut kesukaan memasing.  Dalam fridge aku jumpa buah anggur yang aku beli semalam.  Anggur itu aku belah dua, buang biji dan hiaskan ke atas puding tu.  Sejukkan dalam fridge.  Sedap dimakan sebagai sajian berbuka puasa.

Puding Roti Mangga

Monday, August 23, 2010

~Mengapa Wanita Menangis~

‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkaikan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
Mengurangkan stress.
Tanda keinsafan/penyesalan.
Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.
Dapat perhatian
Suasana rumah tangga tergugat.
Lelaki jadi bingung.
Orang lain dapat mesej.
Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan-lahan melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.

2. Selalu berdoa kepada Allah.

3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA).

4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

~Dipetik dari Mujahidah Muslimah~

Sunday, August 22, 2010

Puding Triffle

Aku nak kongsikan satu lagi resepi yang sangat mudah untuk dibuat dan sedap dimakan. Aku pasti sume suka makan Puding Triffle.  Ada bermacam-macam cara membuat puding nih dan aku nak kongsikan cara yang paling mudah.

Puding Triffle
Bahan-bahannya :
1 batang kek span (dihancurkan)
1 tin susu cair
1 tin mixed fruit (buahan campuran yang dalam tin) asingkan air & buah
4 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula pasir
1 peket serbuk jeli (aku pilih perasa lemon)
1 mangkuk air panas

Cara membuatnya :
Panaskan susu cair didalam periuk, masukkan gula.  Campurkan tepung kastard yang telah dilarutkan dengan sedikit air.  Masak dengan api yang perlahan sehingga menjadi pekat.  Matikan api.  Kek span yang telah dihancurkan dimasukkan kedalam mangkuk atau kaserole.  Padatkan dan basahkan dengan air buah dalam tin tadi.  Setelah itu masukkan buahan campuran.  Bila larutan kastard da agak sejuk, curahkan keatas kek span tadi.  Larutkan serbuk jeli lemon dalam air panas.  Kemudian curahkan diatas kastard.  Biarkan beku.  Bole la dipotong dan dihidangkan.  Sesuai dimakan sebagai juadah berbuka puasa.

Friday, August 20, 2010

Puding Karamel

Puding nih pula menjadi kegemaran aku.  Suka sangat makan puding nih dan aku nak kongsikan cara membuatnya.  Sangat mudah dan sume bole cuba.  Jom kita cuba bersama-sama.

Puding Karamel
Bahan-bahannya :-
1 tin susu cair
6 biji telur
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk membuat karamel :-
2 sudu makan gula pasir, dicairkan dalam kuali menggunakan api yang kecil sehingga gula bertukar warna menjadi perang.  Bubuh 4 sudu makan air. Masak hingga pekat.  Tuangkan kedalam loyang.

Cara Membuatnya :-
Pukul susu cair dengan 6 biji telur ayam.  Masukkan gula dan esen vanilla.  Bila da sebati, tuangkan kedalam loyang yang berisi gula karamel tadi.  Kukus sehingga masak.  Masa nak hidangkan, terbalikkan loyang dan keluarkan puding.  Letak dalam pinggan.  Hidangkan.





Coleslaw

Hari ni aku nak kongsikan lagi satu resepi yang sangat mudah tapi sedap.  Sesuai dimakan dengan semua jenis makanan.  Aku nak kongsikan dengan korang semua dan bahan-bahannya ialah :-

Coleslaw
Bahan-bahannya :-
Kobis yang dihiris halus/disagat halus anggaran semangkuk
Lobak Merah dihiris/disagat halus anggaran setengah mangkuk
Kismis ikut suka hati (kalau tak suka bubuh kismis pun boleh)
6 sudu makan Mayonaise
1 sudu makan susu pekat manis

Cara membuatnya :-
Campurkan kobis dan lobak merah kedalam mangkuk.  Campurkan mayonaise dengan susu pekat manis. Gaulkan kedalam mangkuk yang berisi kobis dan lobak merah.  Akhir sekali taburkan kismis dan hidangkan.  Coleslaw ini juga enak bila dimakan sejuk (masukkan dalam peti ais).




Thursday, August 19, 2010

Pergedil Kentang

Hari nih aku nak kongsikan satu resepi yang sangat-sangat mudah yang aku pelajari dari seorang kawan baik ku iaitu Junaidah Amin.  Pergedil memang sedap tapi orang selalu menganggap membuatnya sangat leceh.  Apa kata cuba resepi nih, aku jamin senang dan mudah membuatnya.


Pergedil Kentang
Bahan-bahannya :
4 biji kentang yang sederhana besarnya
sepeket kecil perasa tumix
sedikit daun sup
sedikit lada sulah
sebiji telur
dan minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Goreng kentang di dalam minyak yang cukup panas sehingga berwarna keemasan dan empuk.  Kemudian lecekkan kentang tersebut dan campurkan perencah tumix, lada sulah & daun sup yang telah dihiris halus. Boleh juga dicampurkan dengan daging cincang kalau nak tapi aku lebih suka pergedil kentang kosong.  Bentukkan kentang tersebut menjadi bebola dan leperkan, celup dalam telur yang telah dipukul.  Goreng hingga berwarna keperangan. Hidangkan.

Kentang dikupas dan dipotong bentuk baji 
(wedges)
Goreng sehingga kuning keemasan
Kentang dilecek, campurkan perencah tumix, 
lada sulah dan daun sup
Gaulkan hingga sebati


Bentukkan dan celupkan didalam telur yang 
dipukul
Goreng Sehingga masak.  Bole la dihidangkan.


~SELAMAT MENCUBA !!!!~

Tuesday, August 10, 2010

~Pada MU aku bersujud~

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah,

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

~AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.....~



Jika hati seringkali jengkel, 
Jadikan ia jernih sejernih AIR,
Jika hati seringkali iri, 
Jadikan ia cerah secerah MENTARI,
Jika hati seringkali dendam, 
Jadikan ia penuh KEMAAFAN,
Jika hati seringkali dengki, 
Jadikan ia penuh SIMPATI....
Seiring dengan terbenam mentari di akhir Sya’ban ini, kini menjelanglah Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan, penuh keberkatan dan penuh keampunan. Bulan yang ditunggu-tunggu dengan penuh kerinduan. Ramadhan mengajar erti ketabahan...erti kesabaran dan keinsafan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Bersama-samalah kita mengutip pahala disepanjang bulan ini. Perbanyakkan amalan. Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: 


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 183).  


Ketahuilah bahawa berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga memelihara pancaindera dan semua anggota tubuh badan dari berbuat keji seperti mata tidak memandang yang haram, mulut tidak mengumpat dan sebagainya, juga dapat naik ke tingkat paling khusus iaitu ditambah dengan kemampuan memelihara hati nurani dari sifat dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT seperti sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Bukanlah puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga percakapan, nafsu dan semoga kehidupan kita akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat".
Selamat menggapai pahala dan ketaqwaan di bulan Ramadhan…
 
Awalnya RAHMAT,
Pertengahannya KEAMPUNAN
dan
Penutupnya bebas dari NERAKA.....
JAGALAH HATI, JAGALAH DIRI... DAN RAIHLAH REDHA ILAHI....
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
Salam Ramadhan buat semua......


Thursday, August 5, 2010

Tanpa Keberanian Mimpi Tak Akan Jadi Kenyataan....

05/08/2010 ~ Alhamdulillah akhirnya aku dapat menyempurnakan tugas yang telah diamanahkan padaku. Menjadi MC pada Majlis Perhimpunan Bulan Jabatan ku memang satu tugas yang sangat-sangat mencabar. Kerisauan sering melanda....bagaimana kalau aku tak dapat menyampaikan dengan baik....bagaimana kalau orang tak dapat memahami apa yang cuba aku sampaikan....bagaimana kalau aku jem di hadapan mata beratus-ratus orang....semua ini menganggu fikiran namun aku ini tergolong dalam golongan manusia yang "keras hati" dan selalu yakin pada kebolehan diri sendiri. Aku yakin bila aku berusaha aku akan berjaya dan bila aku tak mencuba...aku akan menyesal.....Berkat doa dan keyakinan ku aku dapat mengharungi kebimbangan yang singgah di dalam hati.
Bila semua telah selesai, satu rasa lapang didalam jiwa. Bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusanku dan sekali lagi aku berterima kasih pada mu Ya Allah...!! Bila rakan setugas mengucapkan tahniah.....aku gembira kerana telah dapat menyumbang bakti buat Sektor ku. Mungkin di mata orang lain, sumbangan ku ini sangat sedikit....tapi bagi aku...aku akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi diri. Bukan mudah untuk meniti anak-anak tangga menuju kejayaan...hanya kesungguhan dan keberanian akan menjadikan IMPIAN ITU SATU KENYATAAN....
Terima Kasih Ya Allah......  

Kemeriahan Majlis Perhimpunan Bulanan
Bertugas sebagai 
Pengacara Majlis bersama 
kawan sepejabat