Tuesday, August 10, 2010

~AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.....~



Jika hati seringkali jengkel, 
Jadikan ia jernih sejernih AIR,
Jika hati seringkali iri, 
Jadikan ia cerah secerah MENTARI,
Jika hati seringkali dendam, 
Jadikan ia penuh KEMAAFAN,
Jika hati seringkali dengki, 
Jadikan ia penuh SIMPATI....
Seiring dengan terbenam mentari di akhir Sya’ban ini, kini menjelanglah Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan, penuh keberkatan dan penuh keampunan. Bulan yang ditunggu-tunggu dengan penuh kerinduan. Ramadhan mengajar erti ketabahan...erti kesabaran dan keinsafan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Bersama-samalah kita mengutip pahala disepanjang bulan ini. Perbanyakkan amalan. Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: 


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 183).  


Ketahuilah bahawa berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga memelihara pancaindera dan semua anggota tubuh badan dari berbuat keji seperti mata tidak memandang yang haram, mulut tidak mengumpat dan sebagainya, juga dapat naik ke tingkat paling khusus iaitu ditambah dengan kemampuan memelihara hati nurani dari sifat dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT seperti sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Bukanlah puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga percakapan, nafsu dan semoga kehidupan kita akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat".
Selamat menggapai pahala dan ketaqwaan di bulan Ramadhan…
 
Awalnya RAHMAT,
Pertengahannya KEAMPUNAN
dan
Penutupnya bebas dari NERAKA.....
JAGALAH HATI, JAGALAH DIRI... DAN RAIHLAH REDHA ILAHI....
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
Salam Ramadhan buat semua......