Hari nih aku nak kongsikan satu resepi yang sangat-sangat mudah yang aku pelajari dari seorang kawan baik ku iaitu Junaidah Amin. Pergedil memang sedap tapi orang selalu menganggap membuatnya sangat leceh. Apa kata cuba resepi nih, aku jamin senang dan mudah membuatnya.
Pergedil Kentang
Bahan-bahannya :
4 biji kentang yang sederhana besarnya
sepeket kecil perasa tumix
sedikit daun sup
sedikit lada sulah
sebiji telur
dan minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Goreng kentang di dalam minyak yang cukup panas sehingga berwarna keemasan dan empuk. Kemudian lecekkan kentang tersebut dan campurkan perencah tumix, lada sulah & daun sup yang telah dihiris halus. Boleh juga dicampurkan dengan daging cincang kalau nak tapi aku lebih suka pergedil kentang kosong. Bentukkan kentang tersebut menjadi bebola dan leperkan, celup dalam telur yang telah dipukul. Goreng hingga berwarna keperangan. Hidangkan.