Monday, April 29, 2013
Aku adalah aku
Aku belajar diam dari banyak berbicara
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan
Aku belajar mengalah dari satu kesombongan
Aku belajar menangis dari satu kebahagiaan
Aku belajar redha dari sebuah kehilangan
Saturday, April 27, 2013
Ujian dari Allah
26/04/2013~ Anak ku yang nombor 4 mengalami kemalangan. Jatuh sewaktu menjalankan tugasnya dari ketinggian lebih dari 15 kaki. Bersyukur kepada Tuhan dia selamat cuma lengannya mengalami kecederaan. Otot lengan sebelah kanan terhempas dan koyak. Darah mengalir tanpa henti. Sewaktu dia d bawa ke hospital dia d beritahu yang dia boleh balik selepas d xray tetapi setelah mendapati ada masalah dengan ototnya maka dia d tahan untuk rawatan lanjut. Semalaman aku tak dapat tidur mengenangkan anak ku yang sedang sakit. Awal pagi aku sudah bangun dan bersiap, aku mengajak anak ku yang nombor 3 untuk menemani aku melawat anak ku yang cedera d hospital. Setelah hampir sejam dalam perjalanan menaiki keretapi, kami pun sampai ke tempat yang d tuju. Setelah menaiki teksi dari stesen keretapi yang mengambil masa hampir 15 minit, akhirnya kami sampai d hospital yang tersergam gagah d atas bukit ini. Menaiki lif untuk sampai ke tingkat 5 terasakan lambat. Setelah lif terbuka, kami menuju ke wad tempat anak ku mendapat rawatan. Sewaktu kami sampai, dia tengah d 'dressing' oleh seorang jururawat lelaki. Darah masih mengalir dari luka d lengannya. Sayu dan pilu melihatkan keadaannya. Ternyata dia sedang menahan sakit. Sempat dia menegurku tak payah ler datang tengok dia, besok dia dah nak balik ke rumah juga. Aku jawabler macamana ler aku nak tenang sedangkan keadaan dia macam nih. Dia gelakkan aku....dia kata dia ok. Dia tak nak aku risau. Kemudian aku pun pergi berjumpa jururawat yang bertugas kerana aku nak tahu keadaan anak aku nih. Mula lah jururawat tu sibuk nak cari file. Kemudian seorang doktor berketurunan Mamak datang dan aku bertanya pada doktor yang handle kes anakku ini. Doktor muda itu sempat menjelaskan situasi yang anak aku hadapi saat ini. Itu pun setelah aku speaking london dengan berhabuk. Memula dia orang nak cakap sambil lewa jer tapi aku minta untuk d semak file medicalnya before jelaskan secara detail pada aku coz I'm his mom and I need to know my son's condition....pherrgghhh...terus doktor tu terangguk2 dan cari file anak aku....hehehe...menurut doktor tu lengan anak aku yang berdarah tak henti dari semalam d khuatiri mengalami otot koyak dan kalau tidak d ubati dengan segera bimbang akan ada infection. Jadi dia orang nak buat pembedahan untuk lihat dan kalau ada otot yang rosak....harus d bersihkan dan d buang. Aku tanya bila d jangka operationnya, dia jawab tak pasti lagi coz banyak emergency case sedang d handle sekarang nih. Aku cakaplah...anak aku dah puasa dari semalam lepas tu tak pasti bila nak operation....so macamana dengan anak aku...lapar...dahaga....dia kata dia org tak dapat nak buat apa...just wait. Pas tu anak aku dah mengadu lapar & haus...kesian tengok dia...dah ler menahan sakit...tak dapat makan & minum dan operation pula tak tahu bila...
Aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan kesabaran & kekuatan pada anakku untuk menghadapi dugaan ini dan semoga Allah mempermudahkan urusannya untuk segera sembuh. Sesungguhnya aku tak kuat untuk menghadapi keadaan begini, melihat anakku terbaring menahan kesakitan dan kelaparan. Namun aku sedar Tuhan tidak akan menguji ku d luar batas kemampuan ku untuk menerima. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sentiasa bersangka baik....in sha allah yang baik-baiklah yang akan datang kepada kita.
B strong yer sayang. |
Mama akan sentiasa doakan kesembuhan ameng. |
Friday, April 26, 2013
Terang Bulan yang penuh nostalgia
Aku nak kongsi satu nostalgia sewaktu aku masih kecil. Ketika aku dalam darjah 5 (tahun 1976). Kami sekeluarga menetap d Daerah Tawau dan arwah bapa aku bertugas sebagai seorang Pegawai Bomba d sana. Kehidupan kami boleh d katakan senang dan mewah. Salah satu makanan yang menjadi kesukaan ku ialah kuih terang bulan atau d semenanjung lebih d kenali sebagai Apam Balik. Waktu aku kecil kuih ini d buat dalam bentuk yang sangat besar. Selebar talam yang selalu d gunakan untuk kenduri2 d kampung dan harganya cuma RM1 sahaja. Aku & abang ku selalu bergaduh berebut kuih nih. Kadang sampai menangis-nangis aku d buatnya. Arwah mak & bapa ku selalu pening kepala bila kami sudah mula berebut kuih nih. Last-last arwah mak aku belikan kami seorang satu kuih nih & adik beradik yang lain d larang ikut makan. Hehehe....kelakar bila kami d paksa untuk menghabiskan kuih tu sorang setalam. Sampai nak muntah rasanya terlalu kenyang. Sejak hari tu kami da serik da nak berebut kuih terang bulan. Lagi pun da muak bila tengok kuih tu. Hingga kini setiap kali terpandang kuih tu aku tersenyum sendiri. :-)
Wednesday, April 24, 2013
Assalamualaikum.....
Pherghhhh....lamanya aku tak berblog....alhamdulillah kini aku kembali lagi untuk mengaktifkan blog aku ini. Masih ingat lagi ker dengan aku...??
Lama juga aku menyepi diri kan...??? Bukan apa...ada ketikanya kita kehilangan ilham untuk berkarya. Kesibukan meneruskan kehidupan kadang membataskan kemampuan untuk berkarya.
Ramai juga kawan2 yang bertanya kenapa dah lama tak update blog. Jawapan aku...kesibukan membatasi aku untuk aktif menulis. Apa lagi sekarang aku sudah berhijrah kesuatu ruang yang baru. Tolong doakan yer. Laaaa.....aku bukannya berkahwin....tapi aku kini dah ada perniagaan sendiri. Baru mencuba untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri dan kini alhamdulillah da ada d pasaran. Nantilah bila da d lancarkan secara rasmi aku akan update kat sini. Sekarang baru test market dan alhamdulillah banyak permintaan sehinggakan tak cukup tangan nak menyediakan.
Ok ler...sampai sini dulu....nanti aku update lagi yer.
Tatatititutu.......
Subscribe to:
Posts (Atom)