Friday, April 26, 2013

Terang Bulan yang penuh nostalgia

Aku nak kongsi satu nostalgia sewaktu aku masih kecil. Ketika aku dalam darjah 5 (tahun 1976). Kami sekeluarga menetap d Daerah Tawau dan arwah bapa aku bertugas sebagai seorang Pegawai Bomba d sana. Kehidupan kami boleh d katakan senang dan mewah. Salah satu makanan yang menjadi kesukaan ku ialah kuih terang bulan atau d semenanjung lebih d kenali sebagai Apam Balik. Waktu aku kecil kuih ini d buat dalam bentuk yang sangat besar. Selebar talam yang selalu d gunakan untuk kenduri2 d kampung dan harganya cuma RM1 sahaja. Aku & abang ku selalu bergaduh berebut kuih nih. Kadang sampai menangis-nangis aku d buatnya. Arwah mak & bapa ku selalu pening kepala bila kami sudah mula berebut kuih nih. Last-last arwah mak aku belikan kami seorang satu kuih nih & adik beradik yang lain d larang ikut makan. Hehehe....kelakar bila kami d paksa untuk menghabiskan kuih tu sorang setalam. Sampai nak muntah rasanya terlalu kenyang. Sejak hari tu kami da serik da nak berebut kuih terang bulan. Lagi pun da muak bila tengok kuih tu. Hingga kini setiap kali terpandang kuih tu aku tersenyum sendiri. :-)