Saturday, April 27, 2013

Ujian dari Allah

26/04/2013~ Anak ku yang nombor 4 mengalami kemalangan.  Jatuh sewaktu menjalankan tugasnya dari ketinggian lebih dari 15 kaki.  Bersyukur kepada Tuhan dia selamat cuma lengannya mengalami kecederaan. Otot lengan sebelah kanan terhempas dan koyak.  Darah mengalir tanpa henti.  Sewaktu dia d bawa ke hospital dia d beritahu yang dia boleh balik selepas d xray tetapi setelah mendapati ada masalah dengan ototnya maka dia d tahan untuk rawatan lanjut.  Semalaman aku tak dapat tidur mengenangkan anak ku yang sedang sakit.  Awal pagi aku sudah bangun dan bersiap, aku mengajak anak ku yang nombor 3 untuk menemani aku melawat anak ku yang cedera d hospital.  Setelah hampir sejam dalam perjalanan menaiki keretapi, kami pun sampai ke tempat yang d tuju.  Setelah menaiki teksi dari stesen keretapi yang mengambil masa hampir 15 minit, akhirnya kami sampai d hospital yang tersergam gagah d atas bukit ini.  Menaiki lif untuk sampai ke tingkat 5 terasakan lambat.  Setelah lif terbuka, kami menuju ke wad tempat anak ku mendapat rawatan.  Sewaktu kami sampai, dia tengah d 'dressing' oleh seorang jururawat lelaki. Darah masih mengalir dari luka d lengannya.  Sayu dan pilu melihatkan keadaannya.  Ternyata dia sedang menahan sakit. Sempat dia menegurku tak payah ler datang tengok dia, besok dia dah nak balik ke rumah juga.  Aku jawabler macamana ler aku nak tenang sedangkan keadaan dia macam nih. Dia gelakkan aku....dia kata dia ok. Dia tak nak aku risau.  Kemudian aku pun pergi berjumpa jururawat yang bertugas kerana aku nak tahu keadaan anak aku nih. Mula lah jururawat tu sibuk nak cari file. Kemudian seorang doktor berketurunan Mamak datang dan aku bertanya pada doktor yang handle kes anakku ini. Doktor muda itu sempat menjelaskan situasi yang anak aku hadapi saat ini. Itu pun setelah aku speaking london dengan berhabuk. Memula dia orang nak cakap sambil lewa jer tapi aku minta untuk d semak file medicalnya before jelaskan secara detail pada aku coz I'm his mom and I need to know my son's condition....pherrgghhh...terus doktor tu terangguk2 dan cari file anak aku....hehehe...menurut doktor tu lengan anak aku yang berdarah tak henti dari semalam d khuatiri mengalami otot koyak dan kalau tidak d ubati dengan segera bimbang akan ada infection. Jadi dia orang nak buat pembedahan untuk lihat dan kalau ada otot yang rosak....harus d bersihkan dan d buang. Aku tanya bila d jangka operationnya, dia jawab tak pasti lagi coz banyak emergency case sedang d handle sekarang nih. Aku cakaplah...anak aku dah puasa dari semalam lepas tu tak pasti bila nak operation....so macamana dengan anak aku...lapar...dahaga....dia kata dia org tak dapat nak buat apa...just wait. Pas tu anak aku dah mengadu lapar & haus...kesian tengok dia...dah ler menahan sakit...tak dapat makan & minum dan operation pula tak tahu bila...
Aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan kesabaran & kekuatan pada anakku untuk menghadapi dugaan ini dan semoga Allah mempermudahkan urusannya untuk segera sembuh.  Sesungguhnya aku tak kuat untuk menghadapi keadaan begini,  melihat anakku terbaring menahan kesakitan dan kelaparan.  Namun aku sedar Tuhan tidak akan menguji ku d luar batas kemampuan ku untuk menerima.  Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.  Sentiasa bersangka baik....in sha allah yang baik-baiklah yang akan datang kepada kita.

B strong yer sayang.
Mama akan sentiasa doakan kesembuhan ameng.