Wednesday, June 16, 2010

365 hari d perantauan...

15 Jun 2010 genap setahun aku meninggalkan bumi kelahiranku Sabah dan berhijrah ke Melaka untuk memulakan hidup dalam suasana yang baru. Terlalu banyak pahit manis yang telah aku lalui. Bermacam ragam tingkah manusia telah aku temui...dari yang manis seperti gula hinggalah yang pahit seperti hempedu. Ada ketika nya aku seakan tak terdaya untuk meneruskan langkah dan ada ketikanya aku terlalu teruja untuk terus berusaha.
Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Masa yang beredar terlalu pantas....sekejap saja hari ini akan menjadi hari semalam. Kini usia ku juga sudah menjangkau ke angka 44 tahun. Terasa juga diri sudah semakin tua. Walau ada segelintir teman-teman yang masih mengatakan wajah ku masih belum mendahului usia namun aku tetap sematkan dalam hati dan minda yang aku sudah semakin matang. Bukan lagi anak remaja yang rapuh, cengeng dan kalut tapi sudah menjadi seorang wanita yang tegas, berpendirian dan berani.
Benar ada orang mengatakan AGE IS JUST A NUMBER....Umur hanya sekadar angka..tapi dengan bertambahnya angka itu jugalah menunjukkan kita sudah semakin hampir ke garisan penamat. Garis tetua juga sudah semakin ketara di wajah. Setiap garis tetua mewakili setiap pengalaman hidup yang kita lalui. Memang tiada siapa yang akan kekal selamanya...setiap yang hidup pasti akan mati...setiap yang muda pasti akan menjadi tua....tapi aku mahu menjadi tua dalam keadaan yang bahagia, menghadapi hari kematian dengan penuh keimanan dan ketenangan. Aku ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi hidup dengan lebih bahagia dan tenang. Aku selalu melakukannya di saat aku tengah berehat, tenggelam dalam beban kerja, sewaktu dilanda masalah dan sewaktu aku tengah tiada mood. Berikut adalah tips ringkas yang selalu aku lakukan :

Menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya
Berzikir
Listen to a good music
Make a good joke, or listen to a good one
Melamun (this is the best one!)
Bersiar-siar dan melihat pemandangan indah
Minum teh (lagi sedap kalau dapat di letakkan hirisan lemon & sesudu madu) atau makan coklat.
Selalu senyum & berfikiran terbuka
Do a simple stretching
Mengimbau kembali fokus dan semangatku
Membaca novel dan buku motivasi diri
"Berbual-bual" dengan kucing-kucing kesayanganku
Begitulah caranya aku merawat minda dan jiwaku di saat-saat emosi ku tidak tenang. Semoga tips yang aku kongsikan ini dapat memberikan sedikit ketenangan kepada jiwa-jiwa yang sedang bergolak. Ketahuilah juga bahawa Tuhan tidak akan memberikan kita masalah di luar batas kemampuan kita. Kita perlu hati yang lapang dan fikiran yang jernih dan positif agar setiap masalah dapat kita hadapi dengan tenang. Semoga tips ini dapat menjadikan kita lebih bersemangat dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Friday, June 11, 2010

Perasaan Menjadi Seorang NENDA (NENek muDA)



Hari ini aku sangat bahagia...bahagia kerana dapat melihat gambar cucu-cucuku yang di kirim melalui MMS oleh anak menantuku. Semacam ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan....antara suka dan sedih bercampur rindu menjadikan aku sebak.....satu keadaan yang tak dapat aku ungkapkan dengan perkataan....
Amira Raihana& Amira Aleesya....kedua-dua insan kecil ini yang menjadikan aku kuat dan bersemangat untuk terus berjuang....berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia dan penuh dengan ketenangan....Andainya cinta tidak di takdirkan untuk ku....aku redha untuk terus mengharungi kehidupan ini berbekalkan semangat dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi untuk anak-anak dan cucu-cucu ku ini.
Aku tahu dalam hidup ini kita hanya mampu merancang dan TUHAN yang menentukan............
Aku juga akur bahawa setiap percintaan tidak semestinya berakhir dengan penyatuan......kadangkala kita hanya di pertemukan....berjumpa...berkenal...bermesra dan akhirnya berpisah.....begitulah lumrahnya kehidupan ini......aku terkenang pada kata-kata seorang teman....Hidup kita ini boleh di ibaratkan pergi sekolah....hari-hari kita belajar dan menimba ilmu....dan bila kita di uji dengan dugaan itulah dia peperiksaan dalam hidup kita.....andai kita cukup ilmu...akan luluslah dengan cemerlang....dan begitu jugalah sebaliknya.....
Besok usia ku menjangkau 44 tahun......satu angka yang unik....tua atau muda....hanyalah mereka yang melihat dapat menilai....tapi bagi aku....44 tahun satu usia yang matang...bukan lagi seperti anak hingusan....dan dalam usia 44 tahun ini aku bahagia kerana memiliki 5 orang anak lelaki yang sangat menyayangi aku...yang sanggup bersama-sama dengan ku dalam suka dan duka....Tuhan hadiahkan aku seorang menantu yang sangat baik...sangat rapat dengan ku dan Tuhan anugerahkan lagi aku 2 butir permata iaitu cucu-cucuku yang sangat-sangat comel....apa lagi yang kurang dalam hidupku.....??? Aku kaya dengan kasih sayang dan perhatian dari anak-anak, menantu dan cucu-cucuku....
Aku mampu tersenyum menatap wajah-wajah comel cucu-cucuku dan aku dapat ketawa mendengarkan gelagat mereka dari menantu dan anakku. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Tuhan memberikan aku anugerah yang amat indah....kehidupan yang dikelilingi oleh kasih sayang dari anak-anak dan cucu-cucuku.
TUHAN.....Terima kasih atas anugerah ini. Syukur alhamdulillah....KAU mengurniakan aku satu kehidupan yang sangat bermakna.....yang tidak mungkin dapat di kecapi oleh semua orang di usia sepertiku ini.....Berilah aku keberkatan dalam hidup ini agar aku dapat bersama-sama dengan mereka lebih lama lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Segalanya tentang ~CINTA~


Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

Kesetiaan adalah sebuah keputusan dan bukannya satu pilihan.

Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, ''Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?''. Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat -Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah hebatnya cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.


Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah ~jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Wednesday, June 2, 2010

Dating Tips Advice Column: What do Rose Colors Mean?

Red Rose

This one is the most obvious. It means "I love you." It represents romance and love.

Deep Pink
This simply means "thank you". If someone you know does something nice for you, a deep pink rose is a good way of saying "thank you".


Regular Pink
A pink rose represents happiness. It's great to give a pink rose to a partner to say, "I'm very happy with our relationship."

Light Pink
A light pink rose means "sympathy". When someone has had a loss then light pink roses is a very nice way of expressing your condolences.


White Rose
A white rose symbolizes innocence and purity. When combined with red roses (see further down), it represents "unity".


Yellow Rose
A yellow rose symbolizes friendship and caring. It's the perfect innocent gift to give to a friend or give to a loved one when you simply want to say "I care". When given to a friend it also means "I'm happy with our friendship."


Lavender Rose
A lavender rose is a symbol of "falling in love". When you give it to a person you are saying "I have fallen in love with you and am enchanted by you."


Orange Rose
An orange rose is a symbol of desire. "I desire you" or "I desire to get to know you better" is the message that orange roses send.


Black Rose
Never ever give a woman a black rose, because Hollywood has, unfortunately, made out the meaning to be "death". These aren't easy to find and some maintain that they don't actually "exist".


Blue Rose
A blue rose is very hard to reproduce or find, although some floral companies are trying to do it naturally. Others just dye them. To some a blue rose symbolizes "mystery" and to others "attaining the impossible". A blue rose given can symbolize the rarity of your partner. You have attained the impossible.


Mixture of White and Red Roses
When you deliver white and red roses together to someone, it is a symbol of unification and unity. "May we always be together as one."


If you want to be creative, you can combine some of the above roses to send several messages at once. For example, send lavender and orange roses to say that you are falling in love with the person and desire to know them even more. Provide yellow and pink roses combined to let a grieving friend know you care and are sorry for their hardship and loss.