Tuesday, January 28, 2014

Apa beza SUKA, SAYANG & CINTA

Aku pernah bertanyakan pada seseorang apa beza Suka, Sayang & Cinta? Jawapannya sangat ringkas tapi terkesan dalam hatiku. Memetik kata-katanya :
SUKA : Suka pada seseorang, selesa berkawan dengannya.  
SAYANG : Sayang pada Ibu bapa atau pada anak-anak kita 
sementara 
CINTA : Hadir bersama sayang, bermula dengan suka.
Lama aku merenung kata-katanya dan aku temui kebenaran dalam kata-kata itu.  Kadang bila kita mula menyukai seseorang tanpa kita sedari kita mula menyayanginya dan perlahan-lahan cinta akan hadir akhirnya.  Sesuatu yang kita rencanakan jarang menjadi kenyataan tetapi sesuatu yang tidak kita jangkakan akan selalu datang menyapa.  Mungkin inilah yang d namakan jodoh pertemuan tanpa d sangka dan tanpa d duga, datang bersahaja dalam satu keadaan yang sangat sederhana. Tiada kata-kata yang berkias indah penuh puitis hanya hati yang bercerita dalam satu nada yang sama. Semoga semuanya akan indah pada waktunya.
In sha allah.

Wednesday, January 8, 2014

ANUGERAH d tahun 2014

 Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu….
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA Ingin mengujimu….
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

YAKINLAH !!!