Monday, August 30, 2010

Rendang Ayam Hijau

Kali ini aku ingin kongsikan satu resepi sedap dan mudah saja untuk menyediakannya. Rendang Ayam Hijau ni tak berwarna merah kerana tidak menggunakan cili kering atau cili boh tapi menggunakan cili hijau untuk menerbitkan aroma dan warna yang agak kehijauan. Sesiapa yang berminat untuk mencubanya, silakan.

Bahan-bahannya :
3 Keping dada ayam (pastikan kulit di buang dan potong ikut kesukaan)
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 cawan santan pekat
5 cm halia
5 cm lengkuas
1/2 cawan kerisik
garam
serbuk perasa
gula
Minyak makan
air asam jawa

Blend cili hijau, halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan serai.  Aku suka blend dengan mencampurkan minyak makan daripada menggunakan air.  Panaskan kuali dan terus tumis bahan yang diblend tak perlu lagi menggunakan minyak makan kerana bahan-bahan tadi telah dikisar menggunakan minyak makan.  Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan dada ayam yang telah dipotong dan dibuang kulitnya.  Masak ayam hingga empuk, masukkan air asam jawa, rasa gula, serbuk perasa dan garam.  Bila ayam dah empuk masukkan santan pekat setengah cawan.  Masukkan kerisik dan kacau hingga pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang Ayam Hijau