Sunday, November 14, 2010

Ubat Batuk Yang Mudah


Limau yang telah dikukus selama 20 minit

Kali ini aku akan kongsikan satu tips untuk mengubati batuk.  Tips ini dikongsikan oleh Encik Aryf. Beberapa hari ini aku sering saja batuk.  Walau sudah minum ubat batuk yang diberikan oleh doktor.  Terharu bila melihat Encik Aryf mengambil buah oren sunkist dari dalam peti sejuk dan membawa bekas garam kepada ku sewaktu aku sedang duduk menonton tv....dia suruh aku memotong buah oren tu tapi aku sempat memotong bentuk bintang pada buah oren tu, saja-saja jer untuk kelihatan cantik...hehehe...kemudian masukkan sesudu teh garam tapi aku tak masukkan sesudu teh kerana aku mengunakan garam bukit yang sedikit saja sudah  terasa masinnya.  Aku hanya memasukkan suku sudu teh garam ke dalam buah oren itu dan kemudiannya buah oren itu dikukus selama 20 minit.  Setelah selesai masa 20 minit, buah oren itu pun menjadi lembut dan bolehlah dimakan sehingga habis.  Insyallah batuk akan berkurangan.  Terima kasih Encik Aryf  kerana bersusah payah mencari petua untuk mengubati batuk yang aku alami sekarang nih.....