23/11/2010 (Selasa)~ Hari nih hari Inovasi JPM. Semua da excited dan tak sabar nak ke Auditorium Seri Negeri kat Ayer Keroh untuk event tahunan JPM nih. Jam 8 lebih aku da gerak dulu dengan Encik Zali coz Sektor kami handle Buku Program dan semalam last minute ada perubahan dan kena buat sedikit kerja tampal menampal. Sempat ler siap dan segera menuju ke Seri Negeri untuk menyerahkan Buku Program tu pada urusetia yang bertugas. Setibanya kami di Bangunan Laksmana, staff JPM pun da mula memenuhi ruang legar. Setelah menandatangani Attendance List, aku pun menunggu sambil berposing-posing ambil gambar dengan staff-staff dari unit lain. tak lama kemudian, geng-geng Sektor aku anum, jijah, sue & iezah pun sampai. Kami terus masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk berhampiran dengan pentas. Sambutan Hari Inovasi JPM tahun nih meriah ler juga sama seperti tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun nih pertama kali mengunakan istilah HARI INOVASI.....kalau tahun-tahun sudah JPM menggunakan istilah HARI KUALITI. Sempat ler ambil gambar (macam biasaler) sesama kami. Da memang namanya kaki bergambar. Hehehe...memetik kata KS kami....kerja kat Sektor Maklumat harus sentiasa ada info.
Sue, Jijah, Anum & Aku |
Anum, Jijah, Sue & Iezah |
Aku tengah mencatat ucapan Pengarah |
Anum & Aku tengah berposing |
Iezah & Sue...kat belakang tu En Ramlan |
Lepas tu ada break jap untuk kudapan (breakfast ler). So berbondong-bondong ler kami keluar menuju ke canopy yang telah disediakan. Lupa plak nak amik gambar masa makan.....hehehehe....da terlalu lapar coz tak sempat breakfast pun tadi.
Selepas acara mengenyangkan perut....kami masuk semula ke dalam ruang legar dan sempat ler berposing jap. Masa nih jijah dan anum dah masuk ke dalam auditorium.
Sue |
Iezah |
Ada hati nak jadi Personaliti Bulanan... |
Seronok yer .... |
Di akhir acara barulah diumumkan penerima-penerima anugerah untuk Hari Inovasi. Bila diumumkan Sektor kami mendapat tempat yang ketiga, kami tetap happy dan naik ke pentas untuk menerima anugerah berupa cendera hati untuk semua peserta, sijil dan plak. Seronok sangat bila terdengar suara dari penonton "wahhhh...semuanya perempuan...hebat (melainkan Encik Zali sebagai Ketua Kumpulan)...." hehehe...yerlaa....saingan kami semuanya lelaki dan otai-otai plak tu. Kami juga membuat presentation untuk Inovasi kami tau. Jadi kami terima ini sebagai satu pengalaman dan pendorong agar kami dapat berusaha dengan lebih giat lagi di tahun hadapan. Sempat bergambar dengan Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang baru iaitu Puan Hajah Juliah binti Haji Leman. Terasa macam selebriti jap....bila flash camera berkerdipan menyilaukan mata...hehe. Pengarah Pelajaran sempat mengucapkan tahniah untuk Kumpulan kami. Sempat terpandang wajah Ketua Sektor tengah tersenyum gembira. Harap-harap dia gembira dan bangga 'anak-anak'nya dapat meraih tempat ketiga (dari 20 buah Kumpulan yang menyertai K.I.K).
Di akhir majlis, kami bergambar sekali lagi di pentas dengan mengajak Ketua Sektor kami sekali. Terharu mendengar kata-katanya. "Tahniah....ok ler dah dapat no 3...tahun depan kena perbaiki lagi kedudukan...." ngeeee....semua tersengih. Nasib baik KS tak marah.
Bila balik ke pejabat petang tadi pun setelah tamat Hari Inovasi tu, KS tetap memberikan kami semangat dan dorongan agar terus berusaha untuk mencapai ke tahap yang lebih baik. Agaknya KS risau kalau kami patah semangat.....hehehe....dont worry boss...tiada istilah patah semangat dalam Kumpulan Ixora....melawan dan terus melawan.....itu kata-kata yang paling sesuai.
Bersyukur sangat kerana dalam 2010 nih, Sektor kami memenangi 3 buah anugerah. I believe we made a good start and the atmosphere in the team is very good certainly for all of us. It's not winning that's important, it's how you play the game. Tentu pernah dengar kata-kata nih kan....well...tahun nih merupakan tahun pertama....insyallah...Next year kami akan membuktikan kesungguhan kami demi menaikkan imej Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) yang kami sayangi....go...go..SPM ICT.....
Berdebar menunggu keputusan |
Ngeee....Tempat ke-3 K.I.K Peringkat JPM |
Bersama Pengarah & Timbalan Pengarah |