Sunday, November 28, 2010

FRIENDSHIP AWARD


Apa khabar semua...??  Hujung minggu begini, tengah buat apa kat rumah....??  Tak der plan nak kemana-mana ker...??  Musim cuti sekolah nih bole ler bawa anak-anak dan keluarga pergi bercuti atau berjalan-jalankan..??  Tak semestinya keluar negara....dalam Malaysia nih pon banyak tempat-tempat yang menarik yang bole kita kunjungi.  
Well...saya nak cite sedikit tentang FRIENDSHIP AWARD nih.....Adik angkat aku Shizan yang bagi.  Dia nih memang baik sangat.  Selalu updatekan aku tentang award-award atau apa-apa info yang terbaru.  Dia juga rajin   mengingatkan aku agar update resepi masakan macam yang selalu aku buat dulu-dulu (dulu-dulu macam bunyik berkurun-kurun lamanya kan.....).  Yer laa kerajinan aku nih macam air laut...ada pasang dan surutnya.  Kadang tu bila da masak resepi yang baru, lupa plak nak amik gambar...iskkk itulah masalah utama aku....Sebenarnya bukan lupa cuma tak ingat....hehehe....apa-apa jer laa....
Actually aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Shizan kerana sudi menganugerahkan aku FRIENDSHIP AWARD nih.  Aku nih kurang faham sangat tentang award-award kat blog nih....yang aku tahu tulis jer apa yang aku nak luahkan atau event-event atau function-function yang aku pergi untuk dikongsikan bersama.  
Ada 2 undangan perkahwinan & satu majlis makan malam yang telah aku hadiri dan akan aku update dalam blog aku nanti.  Sabar yer...
Apa aku nak buat dengan FRIENDSHIP AWARD nih...??  Ada sesiapa bole bagitahu...??  Kalau aku tengok kat blog Shizan,  Bila da terima award nih kena jawab soalan ek....??
OKlah aku cuba jawab soalan yang dorang bagi nih..


1. Apa pandangan anda tentang Blog JADIKANLAH AKU ISTERI YANG TERBAIK UNTUKNYA...??? 
AKU SUKA BLOG NIH KERANA PADA PENDAPAT AKU, BLOG NIH DI ANTARA BLOG YANG PALING COOL, PALING BERSAHAJA.....OWNERNYA  SEORANG YANG SANGAT MERENDAHKAN DIRI (WALAU PUN  HAKIKATNYA DIA TINGGI)....SUKA BERJENAKA, MUDAH MESRA & SEORANG SAHABAT YANG BAIK.

1. List down your Friends?
AKU BARU JER MASUK DALAM DUNIA BLOG NIH WALAU BLOG AKU TELAH WUJUD SEJAK TAHUN 2008.  LATELY AKU MULA RAJIN MENG "UPDATE" BLOG AKU.  KAWAN BLOG AKU TAK DER LAA RAMAI SANGAT....ADA BEBERAPA ORANG JER TAPI AKU CUBA LIST OUT KAN LAA YER.  AKU TAK BERANI LER NAK LETAK SUKA-SUKA JER NAMA ORG YANG NTAH SUKA AKU LETAK NAMA DRG KER TIDAK....ADA GAK BEBERAPA BLOG YANG AKU SELALU SINGGAH UTK BACA ENTRY TERBARU MEREKA...TAPI NEXT TIME BILA AKU DA DAPAT LAMPU HIJAU DR DRG AKU AKAN UPDATE....