Pada hari Sabtu 27/11/2010 yang lalu, Boss aku telah mengundang kami satu ofis ke Majlis Perkahwinan adiknya di Merlimau, Melaka. Aku terpaksa pergi seorang kerana hari nih Encik Aryf tak dapat menemani aku kerana dia pun terpaksa menghadiri Majlis pernikahan dua pupunya kat Tampin. Dia membantu adik sepupunya sebagai back up photographer untuk majlis tersebut. Dia ada mengajak aku untuk bersamanya ke Majlis Perkahwinan sepupunya tapi aku dah awal-awal berjanji dengan kengkawan kat Sektor nak pegi rumah boss kami dan lepas tu ke satu lagi Majlis Perkahwinan di Bukit Baru.
Meja pengantin makan beradab |
Lauk pengantin |
Sempat posing kat pintu gerbang |
Bersama Iezah, Haris & Boss |
Masa nak balik terserempak dgn pengantin |
Pelamin yang simple tapi menarik |
Bersama boss kami (bertudung biru) |
Sempat posing dlm keta iezah |
Kami bertamu tak lama di rumah boss kerana terpaksa bergerak untuk menghadiri satu lagi Majlis Perkahwinan sepasang juruteknik JPM kat Bukit Baru. Kami berkonvoi sebanyak 4 kereta. Sebelum pergi rumah pengantin kat Bukit Baru, sempat lagi singgah pejabat kerana nak ambil hadiah untuk pengantin yang terlupa dibawa balik. Huhu...nasib baik aku ada bawa kunci ofis...dan nasib baik rumah pengantin dengan ofis kami dekat sahaja.
D rumah pengantin Naza & Ain |
Sempat berposing dgn Baby Ramadhan |
Gambar ramai-ramai |
Malamnya pula kami ada dinner di Seri Negeri sempena Majlis Ulangtahun ke 50 Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. Boss kami bekas pelajar sekolah ini dan beliau telah membeli sebuah meja untuk Majlis Makan Malam tapi tak dapat menghadiri majlis kerana masa yang sama, adiknya melangsungkan perkahwinan. Jadi kami pun datang sebagai memenuhi undangan sekali gus mewakili Ketua Sektor kami. Malam tu semuanya dress up lawa-lawa...hehehe...da macam selebriti plak. Majlis makan malam yang biasa jer dan Majlis Makan bermula agak lewat dan kami sume da kelaparan.
Sempat juga aku amik beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami sume.
Cantiknya lampu nih |
suke tengok |
Glamer gitu |
Hobby suka posing |
Sue cantik sangat malam tu.... |
Antara candid yg sempat aku amik |
Jijah, Anum & Efa |
No meja kami tapi tak der "ong" |
We r family.... |
Ada gaya diva tak...? |
Sempat berposing sebelum balik |
Malam tu ada cabutan bertuah tapi kami sume tak bertuah kerana tak der satu pun dari nombor kami yang menyangkut. Huhu...tak der peluang nak bawa balik hamper....tak per...next time masih ada peluang lagi (memujuk hati sendiri). Malam tu kami balik jam 11 malam. Sangat-sangat letih dan minggu ini minggu yang happening untuk kami sume. Hehe....jumpa lagi di lain entry k...babai...