Minggu nih minggu yang paling happening......banyak kerja...terlibat dalam K.I.K (Konvensyen Inovatif & Kreatif) mewakili Sektor Pengurusan Maklumat (ICT). Sehari sebelum pertandingan memang da tak sedap badan....selsema, demam dan batuk tapi tetap bertugas sebagai salah seorang fasilitator untuk Kumpulan IXORA walau dengan suara yang serak terpaksa juga bertugas tapi happy juga lah coz Sektor kami terpilih sebagai Top 3 dan keputusan akhir akan diketahui pada Hari Kualiti pada 23 November 2010 nanti.
|
Kumpulan IXORA |
Sehari selepas K.I.K....demam dan batuk semakin menjadi-jadi. Kebetulan masa tu ada lawatan kesihatan dari Jabatan Kesihatan ke Jabatan kami dan sewaktu membuat pemeriksaan tekanan darah....bacaan pada alat BP tu 191/110. Bacaan tekanan darah memang sangat-sangat tinggi dan aku dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan akhirnya aku mendapatkan rawatan di Poliklinik Pringgit.
Doktor memberikan aku MC selama 2 hari dan sewaktu balik dari klinik aku terpaksa meredah hujan dan sekali lagi aku demam. Setibanya di rumah aku dah lencun dan malam tu aku menggigil kerana demam yang sangat tinggi. Nasib baik besoknya aku masih MC dan dengan badan yang sangat lemah aku gagahkan juga untuk bangun dan makan ubat. Masa itu hanya air mata sahaja yang mengalir membasahi pipi. Aku seorang yang sangat sensitif, moody dan cengeng bila aku sakit. Masa sakit ler aku nak sangat ada orang yang akan memahami aku. Nasib baik ler Encik Aryf sudi datang dari P.D keesokan harinya untuk menjenguk aku dan mengajak aku makan di luar, memandangkan aku kehilangan selera untuk makan sejak semalam. Mungkin juga kerana dia kesian tengok muka aku yang tengah sayu tu...hehehehe.....Encik Aryf pun mengajak aku ke Perkampungan Portugis di Ujong Pasir untuk merasa makanan laut yang agak popular kat sana. Inilah merupakan kali pertama kami mencuba makanan laut di sini. Selalunya kami makan di Umbai yang terkenal dengan Ikan Bakar tapi yang peliknya setiap kali kami ke Umbai tak pernah pulak memesan menu yang berasaskan ikan. Selalunya udang, sotong dan kerang menjadi menu utama kami di Umbai. Setibanya kami di Perkampungan Portugis, suasana tengah happening dengan orang ramai yang tengah menikmati makan malam yang berasaskan makanan laut.
|
Menu makan malam kami |
|
Limau suam & Kelapa pandan |
|
Kailan Sos Tiram |
|
Udang Goreng Mentega & Bawang Putih |
Kami memesan air limau suam dan kelapa pandan. Walaupun air limau suam dan kelapa pandan nampak menyelerakan tapi bila lalu kat tekak aku terasa pahit jer. Biasaler kan bila demam sume benda nampak tak sedap. |
Untuk lauk pula kami memilih Ikan Merah Masak Kukus Halia Udang goreng Mentega Bawang Putih dan Sayur Kailan Tumis Sos Tiram...memang sedap tapi biasalah kalau demam sume makanan terasa pahit... |
Terima kasih banyak-banyak pada Encik Aryf yang sudi membawa aku ke Perkampungan Portugis nih......sorry ler time-time aku sakit.....aku kehilangan deria rasa...Insyallah bila aku da sihat....sila laa bawa aku ke mari lagi yer.....hehehe....
Keesokkan harinya pula, Encik Aryf mengajak aku ke Dataran Pahlawan untuk menemankan dia ke Baden-Baden Bundle al maklum En Aryf nih peminat tegar barangan bundle. Setelah tu kami ke Mahkota Parade untuk mencari restoran yang menghidangkan steak kerana Encik Aryf teringin nak makan steak (siapa yang sakit sebenarnya nih). Dalam pada kami melilau mencari sambil window shopping, kami terjumpa sebuah cafe yang bernama BREEKS CAFE. Kami pun mulalah meng"order" minuman dan makanan. Aku memilih Blue Dolphin dan Fish & Chips sementara Encik Aryf memilih Vanilla Milk Shake & Rib Eye Steak With Mushroom Sauce. Sementara menunggu makanan tiba sempat ler amik gambar minuman yang sedap dan nampak cantik nih.
|
Vanilla Milk Shake |
|
Blue Dolphin |
|
Fish and Chips |
|
Rib Eye Steak With Mushroom Sauce |
Bila aku tak dapat menghabiskan makanan aku, aku minta tolong En. Aryf tolong habiskan. Dia selalu menegur aku kerana aku jarang dapat menghabiskan makanan yang aku order. "Lain kali kalau tahu tak bole abes....jangan minta banyak-banyak....." En. Aryf menegur aku. Aku dengan muka seposen aku menjawab "tak tahu plak orang yang Fish & Chips nih bole order separuh jer...." En. Aryf memandang aku dengan muka selenge. Bila makanan yang dia order sampai...fulamak memang sedap. Siap berasap-asap lagi dalam sizzling plate. Daging tu lembut jer...rasa pun ok (aku cicip gak sikit, sekadar untuk merasa). En. Aryf bole kata "emmm...sedap steak nih....tapi sikit sangat..." hehehe...biasalah perkataan yang standard keluar dari mulut dia. Memang sedap makanan kat cafe nih...lain kali bole di kunjungi lagi.
Selepas makan, tetiba Iezah Iez Haris call ajak main bowling. Aku memang tak pernah main bowling seumur hidup (jangan gelak...siapa gelak aku tembak....) jadi sangat teruja nak mencubanya. Kami pun menuju ke MIBC (Melaka International Bowling Centre) kat MITC. Setelah aku menjejakkan kaki ke anak tangga menuju ke aras dua, handphone ku pun berbunyi, panggilan dari Iezah yang meminta maaf kerana tak jadi nak main bowling. Nih yang wat aku nak marah nih....Dia berjanji akan mengajak kami bermain bowling pada minggu depan kebetulan besday dia. Adussss....frust jap. Memula nak ajak Encik Aryf balik saja tapi Encik Aryf kata "apa salahnya kalau kita main jer bowling tanpa mereka". Aku pun bersetuju dan Encik Aryf pun membuat pembayaran dekat kaunter sebanyak RM28.00 untuk 2 games. Masa penjaga kaunter tu nak bagi kasut aku boleh tanya soalan bodoh. "Bole tak kalau saya tanak pakai kasut yang disediakan kerana kasut saya pun jenis yang grip...tak licin" hehehe...budak kaunter tu dengan selamba jer menjawab "tak boleh kak...kena pakai kasut yang disediakan juga"Memula nak main...aku rasa kalut sangat...yer laa...orang tak pernah main bowling. Pernah juga beberapa kali pergi ke pusat Bowling masa kat Sabah tapi cuma sekadar menemani anak-anak bermain bowling dan sebagai pemerhati....bukan sebagai pemain, seriau kerana pernah terlihat beberapa adegan lucu pemain-pemain bowling yang amatur. Aku rasa akulah orang yang paling lemau saat itu kerana nak pegang bola bowling pun aku tak reti....masa memula buat balingan....terus masuk longkang.
|
Nampak macam pro jer.... |
|
Saya budak baru belajar....ngeee.... |
|
En Aryf biasa main...tak heran ler..... |
|
Nice one Shida.... |
|
I'm a fast learner...ngeeee..... |
|
Markah untuk game pertama. Huhu.... |
|
Markah untuk game yang kedua. I improve |
|
Dinner untuk En. Aryf |
Malunya aku kerana masa tu kat lane sebelah ada sekumpulan remaja tengah main bowling jugak. Aku pasti dorang gelakkan aku. Genap dua kali lontaran aku masuk longkang, aku terus ajak Encik Aryf balik. Malu dan sengal. Seperti biasa Encik Aryf memujuk "main ler kejap...abang da bayar untuk 2 games nih....banyak lagi nih". Dengan muka yang tak ceria aku teruskan juga balingan demi balingan. Alhamdulillah berkat kesabaran, akhirnya dapat juga aku strike beberapa kali. Ye ye...rasa sangat seronok. Rasa nak lompat-lompat jer....(sengalll....). Badan yang tengah demam pun rasa sihat dan mula berpeluh.
Keseluruhannya i have a very good time....I enjoy the game very much. Rasa macam nak main lagi lain kali, boleh ajak kengkawan kt ofis main sekali. Tak ler terkial-kial lagi bila kawan ajak main bowling. Bukan apa aku nih jenis yang tak berani nak mencuba kalau aku tak tahu caranya..at least ada pengetahuan sedikit tentang apa yang aku nak buat...seperti macamana pegang bola, lontar bola, posture badan masa buat lontaran.....masa aku mamai ari tuh terfikir gak...macamana lah agaknya kalau jari aku tersangkut dalam bola tu dan tak bole keluar....huhu...sadis gak kan.....hehehe....aku da melalutlaaa.....ok laaa....it is time for me nak tido....mata da berat lepas makan ubat.....see u all len kali k...tatatititutu......