Wednesday, November 17, 2010

Jeruk Maman

Ari nih aku nak cite tentang Sayur Maman.  Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome Gynandra adalah sejenis sayuran yang hidup meliar dan sekarang telah ditanam secara komersial.  Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika. Sayur nih termasuk dalam jenis ulam-ulaman.  


Sayur Maman
Hari tu masa kami pegi jenjalan kat Pasar Sayur Melaka, kami terjumpa sayur nih dan Encik Aryf terus membeli 3 ikat....tapi dia terlupa nak bawa balik ke P.D.  So memandangkan aku tak reti nak makan sayur nih....aku usha ler macamana nak buat Jeruk Maman kerana itu adalah salah satu faberet Encik Aryf.  Bila da dapat resepi tu....aku pon mula buat eksperimen kat dapur aku dengan sayur maman tu.  Memula aku bersihkan sayur tu dan petik macam petik sayur pucuk manis.  Bila da siap aku basuh dan keringkan.  Kemudian aku bubuh air masak dalam 2 cawan dan masukkan nasi sejuk dalam 3 sudu makan.  Campurkan garam dan gula kemudian kacau hingga larut.  Lepas tu masukkan sayur maman dalam bekas yang bertutup (tupperware ler yang paling senang) curahkan air nasi dan garam tu.  Peram selama 3 hari dan tadaaa.....jadilah Jeruk Maman yang rangup dan sedap....


Jeruk Maman yang telah siap
Ada yang kata Sayur Maman nih juga bole ditumis goreng macam sayur yang lain cuma agak pahit dan memang menyelerakan.  Nanti nak cuba ler....dan jeruk maman nih sedap dimakan bersama bawang yang dihiris, cili padi dan perahan limau.  Sedap dimakan bersama ikan goreng atau ikan bakar bersama nasi panas.  Bunyi macam sedap jer....nanti kita try ek...Selamat Mencuba dan Selamat Bersantap.....