Wednesday, December 29, 2010

Bila bertemu kengkawan lama

Hari nih Encik M bagi aku cuti ganti selama setengah hari (sebelah petang) kerana bertugas lebih masa sempena Star Rating ari tu.   So dapat ler aku gunakan untuk bertemu dengan kawan-kawan lama yang datang ke Melaka sempena Persidangan Ketua Pembantu Tadbir seluruh Malaysia.  Tengahari Iezah menghantar aku ke Hotel Emperor dan aku pun menuju ke lobby hotel dan menunggu kedatangan kawan-kawan aku yang sedang berseminar kat Dewan Hotel.  Tak lama kemudian, Supinah kawan baik aku datang dan terus memeluk aku. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi sebak.  Agaknya rindu kut dengan khabar tentang Tawau...dan kami berdua menuju ke coffee house untuk makan tengahari.  Aku hanya mengambil sepinggan kecil buah-buahan untuk mengalas perut.  Dah beberapa hari aku kehilangan selera untuk makan.  Bagus jugakan....semakin cepatlah aku dapat menurunkan berat badan aku ini....salah satu azam ku untuk tahun 2011 ialah untuk sihat dan fit.  Harap-harap dapat ler tercapai ek....(cross my finger)
Semasa menjamu selera, Supinah banyak bertanyakan khabarku.  Yer laa....dah setahun lebih aku menetap kat Melaka dan selama itulah kawan-kawan di Tawau kehilangan khabar ku kerana jarak membuatkan kami jarang berhubung.  Berborak dengan Supinah sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan ku terhadap kawan-kawan dan kenalanku di Tawau.
Selesai makan, kami ke lobby berehat sambil menunggu kawan-kawan yang masih belum habis berseminar.  Tak lama kemudian Anim, Dahlan, Reina, Maimunah dan beberapa orang teman yang aku kenal, datang dan bersalaman sambil memeluk aku bertanyakan khabar. Rasa happy bila bertemu dengan teman-teman lama.  Banyak cerita yang kami bualkan tentang kehidupan, kerja, anak-anak dan rumah tangga.  Mereka kerap bertanya belum ada kah calon teman hidupku sekarang...??  Aku hanya mampu tersenyum dan berkata "belum ada jodoh kali yah....." "Carilah...dan kalau jumpa cepat-cepat la bernikah....kau tu masih cantik...sayang kalau tidak berteman...." Ermmmm....menarik topik yang dorang bincangkan.  Dorang nak aku cari teman untuk aku jadikan pasangan hidupku.  Semudah itu kah yer...?? dan aku biarkan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan......
Jam 3 petang, Supinah memaksa aku menyertai rombongan mereka yang akan membuat lawatan ke Perigi Hang Tuah di Duyong dan Ke Banda Hilir.  Sempat ler kami bergambar di Perigi Hang Tuah yang terkenal tu, di Dataran Pahlawan, Kota Famosa, Banda Hilir dan sempat juga menemankan mereka membeli belah di Medan Samudera.
Setelah itu kami kembali ke hotel dan berehat dibilik mereka sambil minum dan makan biskut.  Duduk bersimpuh diatas karpet hehehe....macam dirumah jer.  Pada mulanya mereka memujuk aku untuk bermalam bersama mereka kerana belum puas bersembang tapi aku menolak kerana mengenangkan esok hari kerja dan aku tidak ada membawa pakaian ekstra.
Lagi pun mereka ada Majlis Perasmian pada jam 8.30 malam dan aku pun meminta diri untuk pulang pada jam 7.30 malam.  Mereka melepaskan aku dengan hati yang berat. Saat untuk berpisah memang sedih.  Mereka memeluk ku erat.  Berpesan kalau balik Tawau jangan lupa call, tabah menghadapi segalanya, jaga diri baik-baik dan kalau ada jodoh kahwin lah cepat agar ada orang yang boleh menjaga aku.  Huhu....banyaknya pesanan dari penaja...hehehe....
Bila aku turun ke lobby, terserempak dengan kawan lama Dahlan yang baru balik dari bershopping, sempatlah berborak sebentar dengan dia dan bersalam sebelum aku balik dijemput oleh seseorang.  Bila terserempak dengan Dahlan tadi, aku tetiba terkenangkan seorang kawan baik ku yang telah meninggal dunia tahun lalu.  Biasanya bila ada Persidangan macam nih dia selalu ada.  Rindu sangat kat dia.  Semoga Allah akan menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beramal soleh.  Amin.
Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar bersama mereka untuk dijadikan kenangan.

Di dalam bas bersama Supinah

Di Perigi Hang Tuah
Brsama Anim, Kak Mai & Supinah
Mak-mak orang sedang berposing
Supinah dengan posingnya
Bersama lembu batu
Amboi asyik shopping nampak
Peace kat Dataran Pahlawan
Ada gak muka nenek budak nih