Kali ini aku ingin kongsikan satu kisah yang menyayat hati....
Walau tanpa kata-kata atau bicara yang indah namun tetap membuatkan hati tersentuh saat menatap gambar-gambar ini.
Mengisahkan tentang kesetiaan seekor burung terhadap pasangannya. Walau pun hanya sekadar seekor burung namun tetap mengerti erti kasih sayang pada pasangannya walau maut memisahkan.
Burung betina ini telah melanggar cermin sebuah kereta akibat terbang terlalu rendah. Burung ini gugur kebumi dan mengalami kepak yang patah dan cedera. Burung jantan sanggup membawakan makanan untuk pasangannya dengan penuh rasa kasih sayang kerana pasangannya sudah tak berdaya untuk terbang.
Saat burung jantan datang untuk membawakan makanan, burung betina telah mati. Burung jantan cuba untuk menggerakkan tubuh pasangannya seolah-olah ingin membangunkannya.
Bila menyedari yang burung betina telah tiada, burung jantan berkicau sedih seolah-olah merintih.
Burung jantan tetap tak berganjak dari jasad pasangannya, berkicau dengan sedih menangisi dan meratapi kepergian pasangannya.
Tetap berdiri di samping jasad pasangannya dengan penuh kesedihan dan dukacita.
Air mata ku berlinang menyaksikan gambar tanpa suara dan tanpa kata-kata ini. Walau hanya sekadar gambar yang kaku namun cukup membuat hati tersentuh pilu. Betapa binatang pun tahu apa erti kehilangan dan kematian. Walau menangis tanpa air mata dan suara......namun cukup menggambarkan betapa burung jantan ini berduka atas kehilangan pasangan hidupnya. Hargailah orang yang kita sayangi selagi mereka masih ada....kerana bila mereka telah meninggalkan kita, walau menangis air mata darah pun tak akan mungkin dapat mengembalikan mereka kepada kita.