Tuesday, December 7, 2010

Lain di rancang lain yang jadi

Hari ni aku mahu kongsikan sedikit kekecewaan yang singgah di sudut hatiku (chewaaahhhh....puitisnya ayat aku ari nih...). Actually......dari hari aku menerima kad undangan Majlis Perkahwinan kakak Lela di Taiping, aku sudah memutuskan untuk menghadirinya bersama Encik Aryf dan memang dah siap-siap apply cuti.  Namun sebagai manusia biasa...kita tak lari dari diuji dengan berbagai masalah......mengakibatkan aku terpaksa membatalkan kepergian kami ke Taiping.  Untuk memujuk hati yang sedang sedih, Encik Aryf pon membawa aku jalan-jalan pergi Bandar Maharani, Muar.  Dalam perjalanan kesana, kami singgah ke Ledang untuk mengambil gambar di beca gergasi yang terdapat di tebing Sungai Kesang.  Memang sangat besar beca ini....terasa macam dalam cerita dongeng plak....cuma sayang tempat ini terbiar tanpa ada usaha untuk memajukannya.  Beca gergasi ini pon da diconteng-conteng dan kompleks yang terdapat disitu terbiar tanpa ada penghuninya.





Sungai Kesang yang mengalir lesu
Setelah mengambil gambar, kami pon menuju ke Bandar Maharani, Muar dan singgah di Dataran Tanjung Emas untuk menikmati keindahan suasana di tepian Sungai Muar yang luas dan saujana mata memandang.

Posing depan Dataran
Dataran Tanjung Emas

Di belakang tu Sungai Muar
Dataran Tanjung Emas
Memerhati sungai yang indah
Tengah test-test skill
Nasi serai Rendang Ayam menu tengahari itu

Setelah makan tengahari dan solat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, kami meneruskan perjalanan ke Sagil.  Sebuah tempat perkelahan yang terkenal yang terletak di kaki Gunung Ledang.  Fikiran menerawang mengimbau cerita dongeng Puteri Gunung Ledang.  Benarkah Puteri yang terkenal dalam cerita mitos itu wujud..?? Benarkah Sang Puteri menetap di puncak Gunung Ledang...???

Masa kami sampai di Sagil, hujan tengah turun renyai-renyai namun tidak menghalang orang ramai yang sedang berkelah dan mandi manda.  Ada juga yang sedang berkhemah.  Aku sempat menggunakan tandas dengan membayar 30 sen.  Sangat mengecewakan bilik air dan tandas yang tidak dijaga dengan betul.  Apa yang membuatkan tekak aku loya ialah melihat tuala-tuala wanita yang telah digunakan, diselit di celah-celah lubang angin yang terdapat dalam bilik air tu.  Iskkk...apa ler salahnya dibuang ke dalam tong sampah.  Pompuan-pompuan yang pernah menggunakan bilik air tu agaknya sume tak ada kesedaran sivik.  Pihak pengurusan perlu menyediakan tong-tong sampah berdekatan dengan tandas & bilik air tu.  Rasa kurang selesa untuk menggunakannya.  Kenapa ler dorang tak jaga kebersihan tandas-tandas dan bilik-bilik air tu dengan betul.  Aku kagum dengan Sistem Pengurusan yang terdapat di R & R, kebersihan amat dititik beratkan dan pengguna secara otomatik akan cuba untuk mengekalkan kebersihan yang sememangnya sudah lengkap tersedia.  Kami mendaki anak tangga untuk melihat air terjun Sagil yang terkenal dengan kecantikannya namun tak dapat meneruskan pendakian hingga ke atas kerana hujan semakin lebat dan kami mengambil keputusan untuk turun ke kaki gunung semula.  Entahlaa...mungkin keadaan hujan membuatkan kami tak berapa selesa berada di kawasan tu.  

Jom kita cuba cari air terjun tu
Penat nyeeee
Suka back ground kaler2 ijau tu
Di kaki gunung Ledang
cantik kan....
Dingin & menenangkan
Bila kami mula meninggalkan tempat tu, tetiba En. Aryf rasa kurang sihat dan macam nak demam.  Aku mula risau dan beranggapan mungkin dia terkena hujan sewaktu mendaki nak melihat air terjun Sagil.  Sebelum balik, kami singgah di Jaya Jusco untuk menikmati Nasi Ayam kesukaan kami di The chicken rice shop.  Seperti biasa Encik Aryf order Nasi Ayam Stim dan aku pula Nasi Ayam Panggang Bahagian Dada tanpa kulit.  Memang sedap dan sesuai dengan selera kami.  Menu dia pun banyak dan di antara faberet kami ialah Kerabu Mangga, Pai Tee, Ipoh Bean Sprouts & Taufu Oyster Sauce.  Sebenarnya banyak lagi menu yang belum kami cuba.  Nak juga tukar selera tapi tak dapat nak tinggalkan menu-menu yang menjadi kegemaran kami tu. 

Set menu yang menjadi faberet kami
Taugeh masak sos tiram
Kerabu Mangga 5 star
Dada ayam panggang
Setelah makan kami singgah sebentar kat Klinik 1 Malaysia kerana Encik Aryf ingin mendapatkan rawatan.  Setelah mengambil ubat kami pun terus balik.  Pengembaraan kali ini berakhir disini.  Lain kali kita sambung ber belog lagi yer....