Friday, December 17, 2010

SeLaMaT hArI uLaNg TaHuN nUr ImAn AmIrA 4 tAhUn

17/12/2010 ~ Hari nih cucu sulungku Nur Iman Amira @ Nur Amira Raihana genap usianya 4 tahun.  Da besar cucu nenda nih.  Tadi pagi aku sempat call dia untuk ucapkan selamat hari jadi.  Iman bole cite kat aku yang sekarang dia da pandai mengira 1,2,3...baca ABC dan pandai menyanyi.  Iman kata dia ada story book yang dia selalu baca dan minta aku belikan untuk dia story book yang baru.  Iman minta tudung, baju dan seluar sebagai hadiah birthday dia.  Belum termasuk barbie doll yang dia minta hari tu.  Aduyaii cucu nenda...Nenda rindu sangat kat Iman.  Terbayang di saat Iman lahir 4 tahun dahulu,  Nenda setia menunggu di luar wad bersalin bersama abah Iman dan nenek Iman sebelah mama dia.  Jam 12.05 terdengar tangisan Iman lahir ke dunia dan sewaktu dibenarkan melihat Iman, air mataku gugur, rasa sedih campur bahagia. Bila lihat jer wajahnya yang mungil...Nama NUR IMAN AMIRA terus singgah di fikiranku. Sebak sangat kerana telah dikurniakan seorang cucu perempuan.  Muka Iman masa lahir comel sangat dengan rambut yang lebat, kulit putih kemerahan dan mata yang sepet.  Sepanjang setahun Iman tinggal bersama ku dan aku ikuti setiap perkembangan pembesarannya.  Dari mula dia pandai senyum, ketawa, mengiring, bertiarap, duduk dan berdiri.  Iman tak menjalani proses merangkak.  Dari bertiarap dia terus duduk dan bertatih.  Iman memang anak yang sangat cerdas, comel dan manis.  Bila aku bawa dia bershopping, semua menyangka Iman adalah anak aku.  Siap berkata "comelnya anak akak nih..." hehehe..bila aku kata "ini bukan anak akak....ini cucu akak" semua terkejut beruk.  "Mudanya akak da ada cucu..." anak-anak aku siap perli "amboi suka ler mama tu dikatakan muda...." hehehe...memang sejak Iman lahir...saham nenda dia naik.  Tak der yang percaya bila aku katakan iman adalah cucu aku.  Sume kata Iman anak aku. Kelebihannya bila aku bawa Iman g bershopping, jurujual-jurujual kat shopping complex berebut-rebut nak dukung dan jaga dia.  Aku jadi relax bila ada "pengasuh segera".  Gitu juga kalau aku bawa Iman g makan kat KFC atau restoran-restoran...pekerja kat tempat tu akan volunteer untuk jaga Iman.  Iman memang senang nak di jaga.  Dia tak takut pada orang dan ramah.  Bila di agah jer, dia akan tersenyum dan tertawa membuatkan orang jatuh hati melihatnya.  Masa kecil Iman suka sangat dengar lagu nasyid dari Kumpulan Raihan.  Dia akan asyik melihat skrin tv setiap kali kumpulan nasyid ini buat persembahan.  Semoga Iman akan jadi anak yang solehah.  Menjadi kebanggaan keluarga. 
Itulah kelebihannya menjadi seorang Nenda dalam usia yang muda.  Satu anugerah yang terindah dalam putaran hidup ku sebagai seorang wanita.

Koleksi wajah Iman masa kecil
Sayang sangat dengan Iman
My lil princess Nur Iman Amira