Wednesday, December 15, 2010

Hi-Tea Meraikan Majlis Persaraan & Majlis Perpisahan

15/12/2010 ~ Aku diarahkan oleh boss untuk mengatur sebuah majlis sempena meraikan persaraan, pertukaran dan tamat kontrak staff kat SPM (ICT). Setelah survey ke beberapa buah hotel yang terdapat di sekitar bandar Melaka, akhirnya kami memutuskan untuk mengadakan Majlis Hi-Tea di Hotel Straits Meridian.
Beberapa hari sebelum majlis tu berlangsung, jenuh juga mengatur tetamu-tetamu yang akan hadir, telefon sana, telefon sini, confirm sana, confirm sini....yer laa....tanak ler bila majlis telah selesai baru terdengar rungutan "asal aku tak diinform tentang majlis nih...?? aku nak join ler...." itu ler bunyi-bunyi yang selalu kedengaran bila sesuatu agenda atau majlis telah berlangsung. Belajar dari kesilapan....aku minta bantuan Efa & Encik Ramlan untuk buat panggilan memastikan siapa yang berminat untuk join....nasib baik ler staff aku yang 2 orang nih tak banyak songeh bila aku minta tolong...sentiasa bersedia dan sentiasa membantu....Sue yang kurang sihat pun sibuk menyediakan brosur untuk majlis ini...Thanx guys...
Hadiah pun da dibeli dan surat-surat edaran pon telah dikeluarkan. Tak cukup dengan itu kami masih call setiap unit, sektor dan individu untuk memastikan kehadiran mereka. Di samping itu technician yang berwibawa seperti Iezah, Zaini & Zaki turut menyumbangkan tenaga dan idea dalam membuat persembahan multimedia dan menyediakan kad untuk ditandatangani beramai-ramai untuk staff yang akan bersara, berpindah dan tamat kontrak ini. Sumbangan aku...?? Of coz ler aku orang yang paling sibuk....dari mula sampai akhir....survey tempat, kutip duit, buat surat edaran, buat surat jemputan, telefon pihak hotel, arrange tentang makan, telefon beberapa orang pegawai untuk minta pengesahan kehadiran, minta sebut harga, beli hadiah, buat skrip dan akhir sekali sebagai Pengacara Majlis....(phieww....letih nyeeee...) oppss...belum abes lagi...last sekali kerja aku ialah menyelesaikan segala pembayaran mengenai majlis itu.
Memang meletihkan tapi aku seronok dengan kerja ini. yer laa at least aku boleh kenal dengan Pengurus-pengurus Hotel sekitar Negeri Melaka nih....senang nak berurusan bila ada event-event sektor yang perlu menggunakan khidmat Hotel. Ada beberapa keping gambar yang sempat aku upload....sebagai kenang-kenangan sepanjang Majlis itu berjalan. Kepada Kak Selimah yang akan bersara mulai 23.12.2010 nih, selamat bersara kak...kepada Azizah yang akan menamatkan kontraknya pada 31.12.2010 nih...jangan lupa kami bila da dapat keja baru tau....dan buat Encik Abd Razak.... Selamat bertugas di tempat baru.

Buah pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan
Reserved 4 SPM (ICT)
Suka tengok lampu dinding nih
Saja-saja jer amik gambar air nih
Tempat berucap
Setting sempena Xmas
colourful
ruangan buffet
staff  SPM (ICT) mula datang
ruang yang cozy
amik feel sblum memulakn tugas sebagai MC
Encik Zali & Encik Azizi yang ceria
Iezah pis pis on da house
barisan staff SPM (ICT)
Not bad gak lauk nih
Rojak petis buah
Kak Lela sempat posing
Tetamu yang hadir
Sempat snap gambar Meridian Hall
SPM (ICT) on da house