24/02/2011 satu lawatan dari Jabatan Pelajaran Melaka untuk benchmarking/lawatan penanda aras ke TNB Kulai & UTM Skudai, Johor Bahru. Awal pagi kami da kena berkumpul kat Jabatan. Bayangkan jam 6.00 pagi dengan keadaan langit yang masih gelap gelita, aku sudah bergerak untuk ke pejabat. Sesampainya aku di pejabat, bas yang akan membawa rombongan kami ke Johor telah pun sedia menunggu. Aku diantara orang yang terawal menaiki bas. Jam 6.45 pagi kami sudah mula bergerak menuju destinasi. Seramai 24 orang juruaudit-juruaudit dari berbagai Sektor dan Unit terlibat dalam rombongan nih. Kami sempat singgah untuk bersarapan di R & R Pagoh. Dalam perjalanan sempatlah aku layan tidur jap....hehehe...mengantuk sangat-sangat coz aku bangun jam 4.15 pagi. Mata aku nih jenis mata yang komited...bila tahu ada komitmen awal pagi....aku tak akan dapat tidur lelap....sekejap sekejap akan terjaga....jadi bila da dalam bas sempatlah aku layan tidur walau sekadar tidur-tidur ayam jer.....
Perjalanan memakan masa hampir 3 jam. Akhirnya kami sampai ke TNB (Tenaga National Berhad) Kulaijaya dan kami disambut dengan meriah oleh pihak pengurusan TNB dan diberikan penerangan mengenai sistem 5S yang mereka amalkan. Memang cantik dan tersusun. Patutlah mereka pernah memenangi beberapa pertandingan 5S peringkat Negeri Johor. Kami juga dibawa melawat ke ruang-ruang kerja mereka. Memang sangat-sangat cantik dan tersusun. Bukan sekadar cantik tersusun, tapi juga kreatif. Terfikir juga dapatkah aku bawa staf-staf kat pejabat aku untuk melaksanakan Sistem 5S secantik dan teratur seperti yang sedang aku lihat. Diakhir lawatan kami sempat dijamu dengan hidangan yang lazat dan seperti biasa sesi bergambar beramai-ramai adalah satu agenda yang wajib. Kemudian kami bergerak pulak menuju ke Skudai, iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Sempat kami menunaikan solat Zuhur di Masjid Universiti yang tersergam indah ini. Di sini kami di raikan dan di beri penerangan mengenai Sistem 5S yang mereka amalkan. Memang seronok bila melawat dan melihat tempat-tempat yang telah di make over dan tersusun kemas, senang mata memandang. Disini ada aku uploadkan gambar-gambar untuk tatapan pembaca-pembaca blog yang sedang singgah di blog aku nih...terima kasih ler yer coz sudi dan setia mengikuti tulisan-tulisan, laporan-laporan dan omelan-omelan yang aku paparkan...hehehe...sayang korang semua....kat portal laman web jabatan aku pon ada aku paparkan berita tentang lawatan nih tapi tak der ler upload gambar banyak-banyak macam kat sini.
|
signage untuk 5S |
|
rekabentuk signage 5S |
|
Tengah tekun mendengar taklimat dari pihak TNB |
|
Buat lawatan keruang kerja sambil mendengar penerangan |
|
sempat periksa sistem failing |
|
bergambar sebelum mengakhiri lawatan d TNB |
|
D Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru |
|
Ruang kerja yang terkemas |
|
kemas dan tersusun rapi |
|
Tengah meneliti signage |
|
setiap peralatan ada tempatnya |
|
bergambar beramai-ramai di taman landskap UTM |
|
taman landskap yang indah dan hijau |
Selesai lawatan penanda aras, rombongan kami sempat singgah di PLAZA ANGSANA...sempat ler bershopping moping kejab....kami mula bergerak meninggalkan Johor Bahru dalam jam 5.30 petang dan sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebat. Keadaan sejuk sangat (nasib baik aku ada bawa jaket ku bersama) dan aku sempat terlelap lagi melayan mata yang mula mengantuk. Memang letih tapi seronok sangat kerana dapat berjalan-jalan di samping menimba ilmu. Kami sampai di perkarangan jabatan pada jam 8.00 ++ malam. Terima kasih untuk Yus kerana sudi menghantar aku balik. Keesokan harinya aku meneruskan perjalanan ke KL. The journey continues......