Hari ini hari ulangtahun anak ku yang kedua iaitu Mohd Nur Adli atau nama panggilannya izie atau eg. Genap 25 tahun usianya hari ini. Eg anak yang baik, penyayang dan seorang yang sangat penyabar dan lembut hati. Kini telah mempunyai 2 orang cahaya mata puteri2 yang manis dan isteri yang baik. Anak yang sangat taat dan murah hati. Dia akan menangis bila melihat aku sakit atau dalam kesedihan, sanggup berkorban demi adik beradiknya. Aku sangat-sangat bersyukur mendapat anak seperti Eg. Semoga anak mama ini d panjangkan usia dan d murahkan rezeki selalu. Mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Mama sayang eg...Selamat Hari Ulangtahun sayang.