Friday, February 24, 2012

Beza antara kawan dan kekasih

Satu topik yang sering di perkatakan disaat ini.  Antara kawan lelaki dan kekasih....mana yang lebih dekat di hati......Kalau soalan itu ditanyakan pada aku, aku akan jawab begini "kawan di hati...kekasih dijiwa...." nak tahu kenapa...??  Bagi akulah kan...aku lagi suka berkawan dari berkasih...kerana bila berkawan, kita tak ler terikat sangat pada seseorang atau sesuatu.  Pernah dengar tak dari kawan boleh jadi kekasih tapi dari kekasih tak mungkin akan jadi kawan....percaya atau tak teori aku nih...???  Aku lagi selesa berkawan kerana bila berkawan kita rasa bebas untuk meluahkan apa yang kita fikirkan, boleh tanya pendapat dan kadang-kadang boleh buat perangai bodoh tanpa rasa bersalah....TETAPI bila dengan kekasih kenalah jaga hati, jaga jiwa, jaga gaya...adoiiii...letih tau.  Dengan kawan bila nak keluar jumpa dia tak ada nya nak bersiap bagai....nak pakai cantik-cantik.... nak bermekap sakan....kadang tak pakai mekap pun...selamba jer jumpa dia dan dia tak komplen apa-apa pun tapi cuba keluar dengan kekasih dengan hanya berselipar jepun, jeans dan t.shirt tanpa memakai mekap....mesti muka dia macam muka nampak alien dan paling koman pun dia akan berkata "sayang ok ker nih...macam tak sihat jer...." Bila keluar dengan kawan, aku lebih selesa untuk bersembang apa saja... even perkara personal pun boleh kami kongsikan.  Kalau dengan kekasih tak semua benda boleh kita kongsi....kadang ada part-part sensitif yang harus kita simpan demi menjaga keamanan sejagat.
Kalau aku dibagi pilihan, aku nak berkawan sampai bila-bila tapi kalau disuruh bercinta....aku kena ambil masa untuk berfikir masak-masak.  Bila berkawan, kemungkinan untuk bertengkar, cemburu, terasa hati, merajuk....amat berkurangan bahkan kemungkinan juga tiada sama sekali tapi bila bercinta....jeng..jeng..jeng...bersedialah untuk makan hati dan berendam airmata.  Makan hati berulam jantung kau.
Bila bersama kawan, aku boleh gelak kuat-kuat, boleh buat muka bodoh atau muka selenge tapi bila dengan kekasih.....kena jaga tatacara, bersopan santun budaya kita.  Bukanlah hipokrit tapi memang macam tu ler istilah bercinta.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai kawan baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik. Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Tetapi.....
Kita kenalah pastikan jenis lelaki manakah yang kita ingini dalam hidup ini? Kawan? Kekasih?  Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan mereka itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada kita untuk membentuknya bersama mereka- selagi kita tahu di mana kita mahu mula meletakkan garisan.  Apa yang aku tuliskan ini berdasarkan pandangan dan fikiran ku saat ini.  Memandangkan blog ini blog aku...jadi sukati aku lah nak tulis apa pon....kan..????