|
Awan yang berarak atau tahi angin |
|
benarkah cerita ini atau dongeng semata2...??? |
|
Langit temaram kala senja menyapa |
Kali ini aku nak berkongsi satu cerita yang aku anggap menarik sekali walaupun sedikit dongeng untuk aku kongsikan bersama pembaca blog aku nih. Hari tu aku, ibu (makcikku) dan kakak ipar ku pergi kepantai yang berdekatan dengan rumah ku. Disana kami duduk d tepi pantai sambil memerhatikan air laut yang sedang pasang. Kami bercerita mengenai kehidupan dan persekitaran kami. Lantas aku ternampak awan yang sedang berarak dan memuji kecantikan awan itu. Makcik ku memberitahu padaku sebenarnya awan atau tahi angin itu adalah roh orang mati kufur atau mati bunuh diri. Makcik ku menceritakan, kisah ini d ceritakan oleh datuk moyangnya sewaktu dia masih kecil. Mula-mula aku dan kakak ipar ku ketawa kerana menyangkakan makcik ku hanya bergurau. Makcikku dengan serius menceritakan tentang ruginya orang yang mati dengan membunuh diri kerana roh mereka tidak akan d terima oleh bumi. Mereka akan jadi awan atau tahi angin yang sentiasa berarak apabila d tiup oleh angin. Begitulah roh mereka akan sentiasa bertebaran hingga hari kiamat. Makcik ku juga mengatakan ada juga roh yang tak d terima bumi akan menjelma menjadi binatang liar. Bila binatang itu d tembak atau d bunuh oleh manusia maka roh itu d kira mati syahid kerana terbunuh. Aku tak tahulah d mana kebenaran cerita ini tapi aku tertarik mendengarnya. Aku beranggapan cerita itu hanya cerita dongeng yang d ciptakan penuh dengan pengajaran. Bila aku mendongak dan melihat awan yang berarak, aku terfikir betapa malangnya menjadi awan atau tahi angin kerana sentiasa terbang tanpa haluan. Hingga kini bila aku menatap awan yang berarak......hati kecilku selalu berbisik : roh siapakah yang bertebaran d atas angin itu...??? Kata-kata makcikku membekas d fikiranku.....d mana kebenarannya aku sendiri tak tahu.......Allahu A'lam Bissawab.