Saturday, June 15, 2013

12 Jun datang lagi


12 Jun datang lagi melengkapi usiaku 47 tahun. Alhamdulillah d usia yang begini, aku masih d berikan kesihatan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti harianku.  Sempat merayakan bersama insan-insan yang mencintaiku.  Ucapan d terima melalui sms, whatsapp, email, ym, skype, Fb ,Twitter & panggilan telefon. Sangat-sangat teruja. Aku juga mendapat banyak hadiah d hari Ulangtahunku. Ada yang menghadiahkan aku jubah, tudung, kain pasang, minyak wangi, gelang rantai, Jam tangan, coklat, jambangan bunga, cincin & yang mengajakku untuk makan malam bersama. Terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini. Aku sangat menghargainya. Aku sayang korang semua.  Doaku d hari lahirku : Semoga Allah meluaskan pintu rezeki untukku & menjadikan aku seorang jutawan agar aku dapat membantu orang lain. Memberikan kebahagiaan buatku melalui insan2 yang mencintaiku dan menjadikan aku umatNya yang beriman & beramal soleh. Memberikan aku kehidupan yang penuh dengan keberkatan d dunia hingga ke akhirat kelak.