Hari nih aku mulakan satu aktiviti yang baru.....aku da mula berjogging dan bersenam demi untuk mendapatkan kesihatan. Bersama Syira, Cik Sherlyn, Kak Ani & Kak Nor....kami berjogging d Taman Botanikal Melaka. Memula masa aku tukar baju dari baju kurung ke seluar track dan t.shirt, semua kawan kat ofis heran. Yer laa...tak pernah d buat tetiba tukar baju kat ofis. Bila aku bagitahu aku nak jogging....pun nampak muka mereka terkejut. Hehehe.....klakar gak kawan-kawan aku kat ofis nih.
Memang best ler Taman Botanikal tu. Kawasan hutan simpan yang d lengkapi dengan kemudahan laluan jogging dan peralatan-peralatan senaman d sepanjang laluan. Sempat lah merasakan kehebatan berjogging d tengah hutan dengan d temani oleh bunyi kicauan burung dan unggas rimba. Kadang terkejut gak tetiba ada monyet bergayut atas kepala. Dak Syira bila nampak jer monyet terus pegang tanganku...hehehe takut dengan monyet rupanya anak dara sorang nih. Aku pon takut gak sebenarnya tapi buat-buat berani jer.....Semoga aktiviti kami ini akan jadi rutin harian. Dulu aku selalu bermain futsal sewaktu d Tawau bersama teman-teman sepejabat tapi sejak berpindah ke Melaka, aku sudah tak pernah bermain futsal. Cuma senaman yang sering aku lakukan ialah berjalan kaki. Boleh laa kan daripada tak der sama sekali. Semoga dengan adanya aktiviti aku yang baru ini dapatlah membuatkan otak dan badan aku menjadi lebih cergas dan cerdas.