Friday, March 11, 2011

Jom Jogging D Taman Botanikal

Kali ini aku ingin kongsikan info mengenai Taman Botanikal Melaka nih.  Aku sudah beberapa kali berjogging d sini dan tak keterlaluan aku katakan kalau aku sudah jatuh hati pada tempat nih.  Rasa selesa sangat berjogging d kawasan ini.  Walau pun pada mulanya aku agak takut juga melihat keadaannya yang semak samun seperti hutan yang terbiar tapi lama kelamaan aku merasakan keselesaan itu kerana tempat jogging ini tenang, aman dan sejuk.  Sesuai untuk mereka-mereka yang tak sukakan cahaya matahari yang terik (macam aku ler).  Ada ketikanya ramai sangat orang yang berjogging kat sini sampaikan seolah-olah ada acara berjogging beramai-ramai plak.  Seriously aku nak kongsikan pengalaman berjogging, memula memang ler sakit-sakit badan terutama lutut dan kaki tapi dah beberapa kali jogging alhamdulillah badan dah boleh terima keadaan.  Tidur malam pun nyenyak dan bangun dengan jiwa yang sangat segar d pagi hari.  Badan terasa ringan dan mula ketagih untuk berjogging. Sebenarnya tujuan nak berjogging nih, selain dari nak menguruskan badan dengan cara yang sihat, juga nak kan minda yang cerdas.  Kengkawan d ofis pun da mula pandai mengingatkan aku "C...da jam 5 tu.....tak tukar baju lagi ker....ari nih x g jogging ker..??" atau kalau hari hujan dorang akan berkata "abeslaaa...ari nih CC x dapat ler nak berjogging...." hehehe....sayang kat korang semua.  Selalu penuh perhatian dan ambil berat.  Di bawah ini ada aku uploadkan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan bersama teman jogging ku Miss Nur Syahirah.  Sambil berjogging, Syira sudi menjadi photographer ku.  Terima kasih yah Syira...tanpa ko siapa lah aku...huhu....pada kengkawan dan pembaca blog aku nih...apa kata kita luangkan sedikit masa kita untuk beriadah dan bersenam.....kerana otak yang cerdas datang dari badan yang sihat.

Posing d pintu masuk
binaan air terjun buatan manusia
Miss Syira tengah pakai kasut
Comel ler kawan aku nih...seriously...
Posing jap atas batu kat air terjun pertama
air terjun buatan manusia...cantik siot
siap posing ala-ala TITANIC lagi...
Sanggup panjat batu nak posing atas nih
depan kampung buku Malaysia Melaka
Laluan jogging yang cantik
aku suka tengok tempat nih...
landskap bunga d depan kampung buku Malaysia
laluan jogging & buggy car
budak comel tengah berjogging
cantik dan tenang
berbual dgn Cik Tupai d STORYLAND
Cerita Dongeng Buaya & Sang Kancil &
Shida Myra Raihana hehehe.....
satu dua tiga lekuk..
jantan betina aku ketuk...
terrornya aku pijak menatang nih
amik ko...jahat sangat..kan da kena pijak ngan aku....huhu..
aku suka pict nih...mcm ala-ala tarzan..ahaksss...
posing dgn burung pra sejarah
amboi...posing abes yek...
ewaahhhh...mcm iye iye jer...
sweetnya kura-kura gergasi nih...
Lagi posing maut
banyak betul binatang pra sejarah kat sini tau
nih lagi satu
dan lagi
dan lagi....
satu lagi....
yang nih wat aku seram....
nih kaki aku tau....bukan kaki dinosour....
cara-cara menggunakan alat senaman ada disediakan
ini favourite aku..utk mengencangkan peha
cara2 menggunakan alat senaman untuk
merangsang otot d lengan, bahu & pinggang
tengah mencuba....besttt....
cantik tempat nih
sejuk, nyaman dan tenang
release tension jap
memang happening
pintu keluar....da abes sessi lawatan kita
Cafe Botanikal
Bole bersantai-santai d sini
Di sebelah Taman Botanikal nih juga ada cafe untuk mereka yang nak bersantai-santai menikmati suasana yang indah dan tenang.  Tempat letak kereta juga d sediakan dan memang sangat-sangat selesa untuk beriadah d sini samada bersama teman. keluarga atau sendiri.  Disediakan juga kemudahan menyewa basikal dan kereta buggy untuk mereka yang kurang minat untuk berjogging.  Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat kita jaga dengan sebaiknya dan dapat memberikan kebaikan untuk kita semua.