Sunday, March 27, 2011

Pengalaman pertamaku menggunakan Terminal Bas BANDAR TASIK SELATAN (BTS)

25/03/2011 aku ke KL menaiki bas dari Melaka Sentral jam 8 malam.  Inilah kali pertama aku menaiki bas malam untuk ke KL.  Biasanya aku memilih untuk menaiki bas sebelah pagi atau tengahari.  Sepanjang perjalanan aku tak ler sunyi sangat kerana ramai kawan-kawan ku yang  rajin bersms  dengan aku dan ada juga masanya aku layan tidur jap.  Keadaan dalam bas yang agak sejuk membuatkan aku selesema dan kedinginan.  Setibanya d terminal bas Bandar Tasik Selatan kira-kira jam 11.00 malam, aku terkejut menyaksikan kehebatannya.  My first word is "WOW".....  Aku seolah-olah berada d airport dengan terminal yang sangat luas dan moden.  Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010 dengan kos yang menelan belanja RM570 juta. 
Begitu bas berhenti dan menurunkan penumpang d tempat parking, penumpang harus menaiki escalator untuk naik ke aras dua.  D aras dua ini terdapat kaunter-kaunter yang menjual tiket d mana kita hanya perlu menekan sendiri d touch skrin, bas yang kita hendak naiki dan tempat duduk yang kita pilih.  Kita akan d minta untuk menunjukkan kad pengenalan diri kerana nama kita akan tercatat d tiket itu.   Dah macam boarding pass nak naik kapal terbang. Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.  D aras dua ini juga terdapat jejantas yang menghubungkan terminal ini ke stesen KLIA Express Rail Link (ERL), STAR LRT dan KTM Komuter.  Terdapat banyak kedai-kedai dan outlet-outlet dalam bangunan terminal nih.....memang sangat-sangat selesa dan luas.  Aku yang baru pertama kali sampai memang agak panik dan teruja juga lah....aku nih mudah gabrah bila berada d tempat yang  asing dan bila aku bersendirian.  Aku jadi takut untuk bergerak kemana-mana kerana aku takut sesat.  Jadi aku 'play safe' dengan mencari satu tempat yang strategik, selesa dan selamat.  Aku memilih untuk duduk d barisan kerusi yang d sediakan berhadapan dengan kaunter menjual tiket.  Aku hanya duduk d sana dan menunggu untuk orang menjemputku.  Aku perhatikan semua muka yang ada kat terminal tu semua muka yang resah dan ketat....agaknya mereka pun macam aku juga tak reti nak cari arah tapi mereka terpaksa juga bergerak meneruskan perjalanan kearah destinasi masing-masing.  Aku sempat menyapa dan berbual dengan seorang pelajar UTEM yang juga dari Melaka tapi naik bas berasingan dengan aku, dia pun tengah menunggu keluarganya untuk menjemput dia dan dia juga tak berani nak berjalan takut sesat....hehehehe...ada juga kawan aku rupanya. 
Keesokan harinya setelah selesai urusan ku d KL, aku pun balik ke Melaka.  Aku memulakan perjalananku dari stesen LRT PWTC dengan menaiki LRT dengan tambang RM1.70 sen.  Perjalanan ke Bandar Tasik Selatan ini kalau aku  tak silap harus melalui 10 buah stesen LRT dan perjalanan selama hampir 45 minit itu amat selesa.  Setibanya d stesen LRT itu aku harus berjalan kaki lebih kurang dalam 10 minit untuk sampai ke Terminal Bas BTS.  Kali ini aku lebih yakin diri kerana pengalaman semalam mengajar aku untuk lebih memerhati dan fokus pada keadaan.  Sempat ler aku berjalan-jalan melihat-lihat kawasan terminal bas yang canggih dan moden ini.  Syabas untuk Kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan sebuah prasarana yang lengkap, moden dan cukup selesa untuk kemudahan semua.  Memula tunggu bas d sini, aku merasakan seperti berada d sebuah lapangan terbang d mana ketibaan dan keberangkatan bas akan d umumkan dan kita akan d maklumkan harus melalui pintu gate nombor berapa dan tiket kita akan d scan menggunakan sistem komputer.  Bas  yang tiba akan parking d depan lobby menunggu dan kita boleh lihat bas yang hendak kita naiki.  Memang satu pengalaman yang sangat seronok dan bererti buat aku.   Pada bulan Februari  yang lalu sewaktu aku turun ke KL, terminal bas sementara d Bukit Jalil beroperasi  dan aku rasa amat tak selesa dengan keadaan yang bersesak-sesak, sempit dan agak kotor.  Kebetulan masa tu ada pengambaran drama tamil....da aku rasa macam berada d Tamil Nadu pulak.  Alhamdulillah kini keadaan perjalanan menjadi lebih selesa dan teratur.  Bersyukur kerana aku d antara jutaan rakyat Malaysia yang berpeluang menikmati arus kemodenan ini dan aku juga berjaya mengharungi ujian perjalanan ini seorang diri.....yeye.... (kredit untuk diri sendiri...well done Shida...!!!). Inilah hikmahnya bila berada dalam sebuah negara yang maju, aman dan damai.  Disini sempat aku upload beberapa keping gambar mengenai terminal bas BTS ini.  Gambar ini aku ambil dari google. Maaf hari tu aku tak bawa kamera pun.  Lain kali aku uploadkan gambar yang aku capture dari lensa kamera aku yer. Proud 2 b a MALAYSIAN !!!  There is no place like MALAYSIA....