Aku da lama tak marah dan da lama tak mengamuk....tapi semalam aku betul-betul marah dan mengamuk....darjah kepanasan aku meningkat hinggakan aku hampir-hampir lupa diri....tapi syukur aku cepat sedar dan berbanyak istighfar.....aku heran sebenarnya kenapalah ada manusia-manusia yang berpelajaran tinggi tapi mind setnya macam orang tak berpelajaran sama sekali....entah ler...aku da lama tak membebel dan aku malas nak membebel sebenarnya, kerana apa bila aku membebel..tekanan darah aku akan naik dan kesihatan aku akan terganggu.....so lately aku terlalu banyak mendiamkan diri sehingga orang suka ambil kesempatan diatas ketenangan ku.....tapi jangan lupa bahawa di sebalik ketenangan aku itu tersimpan satu sikap yang sangat-sangat "brutal"...hanya orang yang pernah melihat kemarahan ku akan faham apa yang aku maksudkan. Orang selalu berkata "kenapa awak nih cool sangat...??" "suara awak nih lembut sangat ler....macamana ler orang nak takut..." "tegas ler sikit...cc nih lembut nau ler..." " ermmm....strict ler sket....asyik lembut jer..." itu diantara kata-kata yang selalu aku dengar. Mungkin bila lihat dari riak wajah dan cara aku bercakap.....aku nampak terlalu tenang, lembut dan selalu mengalah.....tapi jangan sangka air yang tenang tak ada buaya.....semalam 17/03/2011...untuk pertama kali aku mengamuk dalam tahun 2011 nih.....memang sangat-sangat mengamuk. Mungkin aku terlalu emosi tapi itulah tahap kesabaran yang aku ada apabila harga diri ku di pijak-pijak. Aku paling pantang bila ada orang suka tikam dari belakang....dan aku akan memberontak. Semalam aku da "muntahkan" semua apa yang aku pendam selama ini dan bila aku da puas meluahkan apa yang tersimpan dalam hatiku....aku akan menangis. Menangis sepuas-puasnya sehinggakan semua yang terbuku di hatiku keluar. Hingga mata naik sembab. Aku harapkan kejadian sebegini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.....Please respect me if u want to be respected.....Aku juga manusia biasa....punya hati dan perasaan....jangan sewenang-wenangnya aku dianiaya.....aku berpegang pada kata-kata "aku tak kacau orang.....tapi kalau orang kacau aku.....aku makan orang...." huahahaha...(ketawa jahat ko).....sekarang emosi aku da stabil dan normal balik....aku da "muntahkan"...da puas nangis.....kini hati aku jadi tenang kembali.... Semoga Tuhan akan memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi manusia-manusia sebegini kerana aku yakin sehebat-hebat mereka, hebat lagi kuasa Allah S.W.T. Semoga ketenangan aku tak akan di ganggu gugat lagi......