Wednesday, February 16, 2011

Apa yang aku rasakan saat ini.....

Dalam hidup ini aku selalu dipertemukan dengan berbagai jenis orang, berbagai peluang, berbagai ruang dan berbagai kesempatan.  Ada ketikanya aku selalu menduga yang datang pada aku ketika itu adalah yang terbaik sehinggakan aku lupa bahawa satu ketika nanti aku akan disakiti...akan di lukai.  Paling menyedihkan bila orang yang pernah menyayangi aku akhirnya menjadi orang yang paling membenci aku.  Sesungguhnya hidup ini penuh dengan misteri. Apa yang akan berlaku pada hari esok tiada siapa yang mengetahui.
Untuk tidak bersikap ramah juga adalah tidak mungkin kerana sudah menjadi fitrah kita sebagai seorang manusia harus bergaul dan bersosial cuma ada batas-batas yang tertentu.
Hidup ini tidaklah sesukar mana seandainya kita tahu bagaimana untuk menjalaninya. Dalam menjalani kehidupan bersendirian ini banyak mengajar aku untuk mengenali watak-watak manusia disekelilingku.  Mengajar aku untuk lebih menyayangi diriku sendiri, lebih menghargai perasaan ku ini.  Ada kalanya aku rasa sunyi dan sedih....tapi bila mengenangkan betapa bertuahnya hidupku  dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangiku, aku rasa bersyukur sekali.
Dalam mencari seseorang untuk aku kasihi juga tidaklah semudah mencari kawan atau teman.  Keserasian, kesudian, keikhlasan dan kejujuran amat aku perlukan dan intipati dari semua itu akan lahirlah kesetiaan kerana kesetiaan adalah sebuah keputusan dan bukannya satu pilihan.
Aku inginkan seseorang yang boleh membimbing aku dan menegur aku bila aku melakukan kesilapan.  Menerima aku dengan segala kekurangan dan kelebihan ku.  Menyayangi dan mengasihi ku seikhlasnya.  Aku tertarik pada serangkap kata-kata ini....

Sesungguhnya mereka yang selalu mendapat kebahagiaan dalam hidup bukanlah mereka yang selalu mendapat yang terbaik dalam hidup mereka tetapi mereka sebenarnya menjadikan setiap yang hal yang hadir dalam hidup mereka itu sesuatu yang baik.
 
Indah kata-kata itu dan terlalu dalam makna yang tersirat didalamnya.
Aku sering menjadikan kata-kata itu sebagai kekuatan ku agar terus tabah menjalani kehidupan ini kerana aku yakin tak akan selamanya awan mendung menutupi mentari.  Akan tiba saatnya di mana angin akan hadir dan meniup awan mendung yang menutupi mentari dan mentari akan kembali bersinar lagi.  Aku yakin....