Sunday, February 13, 2011

Majlis Resepsi Muhd Faridh & Azizah Mansor

11/02/2011 (Jumaat) adalah majlis pernikahan kawan sepejabat ku iaitu Azizah Mansor dengan tunangnya Muhd Faridh.  Malam tu Syira dengan bermurah hati sanggup bermalam di rumah ku supaya mudah untuk kami kerumah pengantin perempuan di Taman Wira Mas, Lubuk China.  Kami bertolak dari rumah selepas solat maghrib dan Encik Ramlan ada ikut bersama.  Sekurang-kurangnya tak ler kami risau sangat memandu malam-malam dikawasan yang terpencil macam tu.  Memula kami ke Rembia untuk mengambil Fiza dan kemudian menuju ke Lubuk China.  Perjalanan agak jauh juga....melalui jalan-jalan kampung, dusun-dusun dan ladang-ladang kelapa sawit yang gelap.  Memang mengerikan gak kalau memandu sorang-sorang.  Apa lagi Encik Ramlan siap ceritakan kami cerita ngeri pengalaman orang yang memandu sorang-sorang di waktu malam.  Iskkkk buat meremang bulu roma jer.  Sewaktu kami sampai kerumah Jijah, Majlis pernikahan sedang berlangsung.  Sempat kami mengintai dari tingkap (kerana ruang rumah azizah dah penuh dengan tetamu) wajah jijah yang sedang tenang menunggu bakal suaminya melafazkan akad nikah.  Bila akad nikah telah selesai dilafazkan dan di sahkan oleh saksi-saksi yang dilantik, kelihatan wajah Azizah yang sebak dan mula menangis.  Mata aku pun da mula tergenang dengan air mata.  Iskkk....nih yang aku tak gemar tengok orang menangis nih...aku pun nak ikut sama menangis.  Memang sensitif sangat huhu...
Selesai Majlis Pernikahan, pengantin mula bersalaman dengan keluarga dan tetamu dan kami pun beralih untuk makan dikhemah yang telah disediakan dihadapan rumah pengantin.  Masa kami sedang makan, pengantin keluar dengan sepasang persalinan merah dan bersanggul lintang untuk acara bergambar, acara memotong pulut kuning dan melihat bunga api.  Satu yang aku perhatikan di Melaka nih asal ada majlis perkahwinan selalunya ada acara membakar bunga api.  Dah jadi macam satu kemestian. Seronok tengok bunga api yang memercik indah.
Malam tu kami mula bertolak untuk balik ke Ayer Keroh dalam jam 11 malam secara berkonvoi kerana  Zaini tak berani nak balik sorang-sorang.  Kami sempat singgah di Tanjung Bidara untuk minum dan berborak-borak sambil ambil gambar sekejap.  Sampai kerumah ku di Ayer Keroh, jam dah menunjukkan pukul 1 pagi.  Syira terus tidur sedangkan aku sempat mengupload beberapa keping gambar ke FB.  Bila jam menunjukkan 2.49 pagi aku mula melelapkan mata.  Pagi jam 7.30 pagi aku terjaga dan pada jam 10.00 pagi kami harus bertolak ke Lubuk China lagi untuk Majlis Persandingan dan ourdoor photoshoot.  Selesai menyediakan sarapan dan mengajak Syira minum dan selepas tu mandi dan bersiap-siap. Tepat jam 10.00 pagi kami keluar dari rumah.  Ambik Efa di Taman Merdeka dan Fiza di Bertam. 
Sesampainya kami dirumah Jijah, tetamu mula berdatangan dan Jijah pula sedang menjalani sesi pengambaran dengan Zaini.  Disini ada aku upload gambar-gambar sekitar majlis itu.

 

Lepas jer photo yang terakhir nih.....camera aku kehabisan charge.  Charger pulak tak bawak.  Padan ler dengan muka aku tak dapat nak ambil gambar.  Untuk pengetahuan pembaca semua, aku dan efa di import khas untuk jadi pengiring pengantin masa acara menjemput pengantin lelaki.  Efa jadi pengapit dan aku jadi pengiring a.k.a tukang pegang payung.....huhu....pengalaman first time.  Klakar gak....tak pasal-pasal terbabit dalam perarakan pengantin.  Nanti ada gambarnya aku upload ek....coz sume gambar-gambar tu ada pada Zaini, Syira & Fiza.  Lepas jer majlis kat rumah Jijah, kami  mula bergerak ke Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh untuk buat Outdoor Wedding Photoshoot.  On the way nak ke sana kami lalu di sebuah kebun getah dan kami berhenti di sana untuk mengambil beberapa shoot.  Memang cantik pemandangan kat situ.  Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju Taman Seribu Bunga dan menghabiskan masa disana untuk mengabadikan gambar kenangan kedua pengantin.   Masa yang sama juga ada beberapa  pasangan pengantin sedang membuat photoshoot.  Aku, Syira, Efa dan Fiza sempat memerhatikan berbagai aksi, berbagai ragam gaya mereka berposing dan ada masa tu hujan turun dengan lebatnya, sume bertempiaran lari cari tempat untuk berteduh termasuklah juga kami.  Memang satu pengalaman yang sangat manis. Sempat aku upload di sini gambar yang diambil oleh Syira.  Jom tengok sama-sama.  Petang tu memang aku letih sangat-sangat kerana tak cukup rehat dan tidur.  Memang muka poyo abis.  Petang itu aku sampai kerumah dekat jam 7 malam dengan badan yang sangat penat tapi aku enjoy dapat belajar satu pengalaman baru iaitu cara-cara mengambil gambar untuk pengantin.
 
 

Kepada pasangan pengantin Muhd Faridh & Azizah Mansor, Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.