2010
telah melabuhkan tirainya....menutup kisah dan pelbagai cerita yang telah tercatat dan tercorak.....bila menoleh kesepanjang laluan yang telah aku tinggalkan....terpamir berbagai kenangan...berbagai pengalaman...berbagai kemanisan...kepahitan...kedukaan berbaur menjadi satu. Merangkumi jiwa yang sedang bercelaru.
Ingin aku rangkaikan tiap kenangan menjadi bait-bait puisi.. Agar dapat aku lagukan ketika sepi. Menjadi satu memori yang abadi. Tiada apa yang harus dikesalkan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Hidup ini satu perjuangan...dan tiada siapa yang dapat menduga apa yang sebenarnya menanti kita di penghujung kembara ini.
2011 telah pun menjelang. Hadirnya di sambut dengan penuh warna warni disana dan sini. Akan begitukah kehidupan aku nanti, penuh dengan warna dan warni. Yang pasti aku akan sambut dengan jiwa yang tenang dan redha. Banyak benda yang aku nak buat dan capai dalam tahun 2011. Pertama sekali aku nak susun semula hidup aku yang da mula bersimpang siur nih. Aku nak mula menulis dan berkarya seperti dulu. Aku juga nak mendekatkan diri pada Tuhan. Da banyak masa yang terbuang begitu saja, terlalu teruja mengejar dan memburu sesuatu yang tak pasti. Terlalu bertahan dan menjaga hati sehinggakan hati sendiri hancur berderai.
Tahun lalu aku menyambut kehadiran 2010 bersendirian di Putrajaya dan begitu juga tahun 2011 ini, menyambutnya di Melaka dan masih dalam keadaan bersendirian. Agaknya memang dah Tuhan tentukan kehidupan aku ini akan terus bersendirian sampai bila-bila. kebahagiaan dan keriangan hanya singgah seketika saja dalam hidupku. Kalau inilah ketentuan yang telah terpatri, aku redha kerana aku yakin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini.
Aku yakin setiap yang berlaku ada sebab dan alasannya. Mungkin aku menyesali dan meratapinya sekarang namun kejadian itu akan menjadi ubat dan penawar untukku disatu ketika nanti. Tuhan tak akan selamanya menghampakan umatnya.
Aku tertarik pada kata-kata ketika pintu kebahagiaan tertutup..... yang lain terbuka, tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.
Cinta adalah melihat apa yang baik dan indah dalam segala sesuatu.
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu.
Mencintai adalah melihat anugerah, kemurahan dan mensyukuri segala rahmat Allah.
Jangan pernah berfikir apa yang kita dapat dari orang yang kita sayangi
kerana cinta itu memberi, bukan meminta…
bukan diukur seberapa banyak yang telah kita beri
tapi apa yang telah kita lakukan untuknya…
kadang kita muak dengan cinta
DISAKITI oleh yang DICINTAI
dan MENYAKITI yang DICINTAI
itu semua adalah gambaran diri kita yang tak pernah melihat sesuatu dengan hati....
dengan ketulusan..
CINTA
adalah satu proses dimana kita belajar untuk mengenal HATI....
belajar untuk BERKONGSI
memberikan KOMITMEN
serta memahami PERASAAN kekasih kita
kerana Cinta itu adalah RASA……
belajar untuk BERKONGSI
memberikan KOMITMEN
serta memahami PERASAAN kekasih kita
kerana Cinta itu adalah RASA……
terserah pada kita bagaimana untuk mengendalikannya kerana menyintai itu bukan bagaimana caranya kita memiliki orang yang kita cintai…tapi bagaimana cara kita menunjukan apa yang kita rasakan kepadanya dengan tulus…