Dalam kekalutan
dalam keresahan
aku temui kau bersama kenangan lama kita
yang tersisip rapi dalam kotak ingatan
dari puing-puing kehancuran
ku kutip serpihan duka
ku cantumkan menjadi sebuah cerita
cerita cinta yang lara
lagu puisi kita telah lama hilang
dibawa alunan mendayu
lalu aku rangkumkan bait-bait puisi
agar menjadi sebuah melodi
kerana cinta bukan lagi milik kita
seperti mana yang pernah kita angankan
kerana cinta telah bertukar menjadi igauan ngeri
membenamkan aku dalam lautan sepi....
kini aku berdiri disini
menatap nanar cinta yang semakin sirna
namun aku tahu cintaku pada mu
akan selalu menyatu dalam kalbu