Saturday, January 8, 2011

Puisi dari hati buat seseorang yang mengerti

Barangkali
kaulah pelangi yang hadir sesudah hujan
memercikkan warna-warna
 keindahan sepanjang pesisir hati yang
 rawan

Barangkali
kaulah bulan yang terang dimalam kelam
memancarkan sinar ke serata alam
menerangi hati yang
 suram

Barangkali
kaulah kejora yang bersinar terang
memberikan aku sekelumit sinaran
untuk aku menyuluh
 jalan

Siapa pun kau
aku tak pernah persoalkan
kerana cinta yang kau berikan adalah
kekuatan kerana rindu yang kau hulurkan
adalah ketenangan teruslah bersamaku
temani aku dalam setiap langkah
genggam tanganku setiap ketika
agar aku tahu bahawa cinta
mengatasi
segala.....