Hari nih seorang kawan baikku juga menyambut Hari Ulangtahunnya. Sempena hari jadinya hari ini, dia mengambil cuti khas untuk merayakannya bersama ku. Sempatlah kami makan tengahari bersama d Restoran Ayam Kampung d Bangi. Sebenarnya kami x der perancangan pun nak ke mana, nak tengok wayang kami x minat. Nak ke Sunway Lagoon cuaca panas terik so akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Putrajaya untuk mengambil gambar sambil berjalan-jalan. Kami menghabiskan masa d Taman Botani untuk melihat tasik dan lanskap yang terdapat d sana. Sedang asyik memerhati lanskap d sekitar taman tu, kawan ku mencuit lenganku dan menunjukkan seekor biawak tengah merayap dengan perlahan d antara pokok-pokok bunga d situ, mengenangkan aku pada seseorang yang sangat-sangat takutkan biawak. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kenangan-kenangan lucu aku bersama dia bila terserempak dengan biawak atau iguana. Ternyata kenangan-kenangan itulah yang sering membuatkan aku tersenyum dan ketawa. Ahhh.....lupakanlah kenangan lalu aku tu.....kita balik ke cerita aku sekarang plak nih. Aku memang suka mengabadikan gambar-gambar pemandangan sesuatu tempat dan dia dengan sabar menunggu aku yang sibuk snap sana snap sini. Sempatlah juga kami menunaikan solat zohor d Masjid Putrajaya yang tersergam indah itu. Ada satu kisah lucu yang aku nak kongsikan bersama korang sewaktu aku sibuk amik gambar kat Dataran Putrajaya tu. Adalah dua orang awek nih sedang sibuk bergambar-gambar kemudian mereka meminta tolong pada kami untuk mengambil gambar mereka.
Lady : Miss....can you please take our picture (katanya sambil menyerahkan kameranya pada aku)
Aku : Ok....no problem (so aku pun snap ler gambar dia dengan kawan dia)
Lady : One more please....Can you please take that building to be our picture back ground (katanya minta aku snapkan gambar dia berlatar belakangkan Pusat Pentadbiran Putrajaya) Actually Where r u from....?
Aku : Oh I'm from Sabah, how about u.....Where r u from...Miss...?? (Aku bertanya dengan ramah)
Lady : I'm from KL....
Aku : (cakap dalam hati : Hampeeehhhhhh tul berabuk aku speaking London...rupanya dia dr KL jer.....adoyaiiiiii.....) kawan aku gelak sakit perutttt.....!@#$%^&* lepas tu boleh pulak dia cakap melayu dengan aku. Hahaha.....terkena sudah.....
Disini aku uploadkan gambar-gambar yang aku dan dia snap. Memang da lama aku teringin untuk bergambar d Putrajaya tapi selalu tidak berkesempatan. Beberapa kali datang ke Putrajaya tetapi tidak berkesempatan untuk mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar. Alhamdulillah, kunjungan ku kali ini d temani oleh seorang insan yang sudi membawa aku kesana dan dengan rela hati menjadi tukang amik gambar. Thanx....sayang awak.
Aku suka suasana nih...redup |
Aku suka tengok bunga nih walau aku x tahu namanya |
Tasik Putrajaya pandangan dari Taman Botani |
Jeti untuk cruise Putrajaya singgah agaknya |
Suasana redup dan dingin |
memula nak ambik pict tebuan....tp da terbang |
Pokok yang tumbuh d pinggir tasik |
satu lagi lanskap yang indah |
Macam pokok mengkuang |
sempat posing |
teringat Bukit Cina d Melaka |
Nak gak mendaki tapi panas terik weh.... |
Pokok Orkid |
kan....rajinnya mengatur kulit kerang sepanjang anak tangga |
lagi satu pandangan yang cantik |
dalam masjid Putrajaya |
Ruang solat untuk wanita |
masih dalam ruangan wanita |
cantikkan lampu tu?? |
Warna bunganya yang kuning menambat hatiku |
aku suka sangat dengan pemandangan nih |
sangat2 menenangkan aku |
how nice kalau aku bole tinggal d sini....hehehe.... |
posing berlatar belakangkan tasik |
Menunaikan solat Zohor d Masjid Putrajaya |
Bangga menjadi anak Malaysia |
Masjid Putrajaya yang indah |
Cantikkan..?? |
Bangga melihat pembangunan d negara kita |
Menghilangkan dahaga dgn REVIVE |
Tumbuhan yg terdapat d TAMAN BOTANI |
landskap d Taman Botani |
Pemandangan d seberang tasik Putrajaya |
Masjid Putrajaya yang indah & megah |
ini pon aku snap jugak...adoiiii..... |
Terkesima menatap cincin batu Mani Gajah kepunyaannya |