Friday, May 18, 2012

Khasiat Jus Tembikai Laici


Jus Tembikai Laici merupakan minuman kegemaranku. Setelah aku membaca beberapa artikel akhirnya aku temui juga khasiat yang terdapat pada minuman yang sangat-sangat aku gemari ini.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


Laici dikatakan mempunyai persamaan disegi khasiat dengan buah longan dan buah rambutan. Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium. Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol, sodium dan lemak. Pada keseluruhannya buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan. Ia juga kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kolagen. Kolagen adalah terdapat dalam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan menegangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit. Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara dan untuk kesihatan akar rambut.

#Kesimpulannya minuman ini memang sesuai untuk aku memandangkan aku sering mengalami kekurangan potasium dalam darah kerana aku seorang manusia yang alegik pada pisang d mana kandungan potasium dalam pisang amat tinggi. Setiap kali aku membuat medical check up, doktor peribadiku selalu mengelengkan kepala kerana kadar potasium dalam darah aku amat-amat rendah. Jadi dengan meminum Jus tembikai laici selalu, insyallah akan meningkatkan kadar potasium dalam darah ku. Apa pula minuman kegemaran anda dan tahukah anda apa khasiatnya......????