UMRAH.....Lately perkataan ini sering singgah d mindaku. Entah kenapa.....mungkin juga kerana ada hari tu my bff ajak aku untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan mereka hujung tahun nanti. Frankly speak belum terlintas sebenarnya d hati untuk mengerjakan umrah apa lagi aku merasakan yang aku ini terlalu jahil dalam agama. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Anak-anak ku pun selalu berkata "kenapa mama x g umrah....??" dan si dia pula menjawab begini bila aku utarakan soal mengerjakan umrah tapi hati belum bersedia. "Nak tunggu bersedia bila...?? Syg da x der masalah da tu kalau nak mengerjakan umrah....anak-anak pun da besar semuanya lain ler kalau anak-anak masih kecil dan x der yang jaga.....pergilah, kalau ada kesempatan d saat tubuh badan masih kuat.....bila da mampu ertinya da sampai seru ler tu....." Seriously aku x tahu kenapa.....bila si dia mula buka mulut.....hati aku jadi tenang...jadi sejuk. Kata-katanya masuk kedalam hati aku. "Nantilah tengok keadaan dulu...insyallah ada rezeki....sampai ler orang tu ke sana....." selamba jer aku jawab. Macam hari tu masa kami d Putrajaya, dia ajak singgah untuk menunaikan solat Zohor d Masjid Putrajaya sedangkan aku pula nak solat kat rumah jer bila balik nanti. Dia tanya aku "Knapa x nak solat kat Masjid...?? Nak tanya bila last syg solat d Masjid...?" "Bulan puasa tahun lalu masa terawih dengan Kam" jawab ku laju. "Da tu...?? x teringin nak solat kat masjid kut-kut dapat hidayah....kan da selalu solat kat rumah....g ler solat...abg pun nak solat gak nih....nanti kita jumpa kat sini lepas solat" lembut jer suaranya menyentuh telingaku. Aku pun terus menuju ke masjid arah sebelah kiri tempat solat wanita. Selesai menunaikan solat aku pun menuju ke tempat kami berpisah tadi. Dia sudah menantiku dengan senyumannya. "Lamanya solat....banyak berzikir ker...??" dia mengusik aku. "X der ler...td lagi da selesai tp orang g ambik gambar dalam masjid jap" dia hanya tersenyum memandang aku. Senyuman yang menyentuh sampai ketangkai hatiku ♥♥♥