Entri ku kali ini ingin mengatakan mengenai sikap sesetengah manusia.... yang mudah melabel kehidupan seseorang berdasarkan status. Hari ini aku temui lagi satu watak manusia yang benar-benar membuatkan aku rasa terhina. Cantik itu luka....begitulah aku mengibaratkan keadaan ini. Mungkin indah d mata orang....tapi luka menghiris jiwa.
Mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana ketabahan ku menghadapi dugaan ini. Ada kalanya aku lemah dan hilang keyakinan diri tapi aku bangkit dengan sejuta harapan kerana aku tahu tidak mungkin aku d uji tanpa ada hikmah d sebaliknya dan d sebalik semua kepahitan yang aku lalui tersimpan satu kemanisan yang akan menantiku d hujung perjalanan ini.
Pada mereka-mereka yang suka menilaiku dari pandangan mata kasar mereka......renunglah aku dengan mata hati mu...pasti akan kau temui jawapan pada semua persoalan.