Monday, April 18, 2011

Kenangan Terindah.....


Satu yang akan terus kekal dan abadi dalam diri seseorang ialah ingatan yang d namakan KENANGAN. Meski masa akan berlalu dan musim akan berganti, namun kenangan tetap akan tinggal dalam kotak fikiran. Begitu jugalah dengan perjalanan hidup ku ini. Terlalu banyak yang d namakan kenangan.....silih berganti mewarnai kehidupan....meski akan berlalu namun tetap akan bersemadi dalam lubuk memori yang paling dalam. Hanya kenangan saja yang akan ku bawa kemana-mana. D sini aku abadikan detik-detik bahagiaku d samping insan-insan yang aku sayangi dan kasihi. Insan-insan yang tetap akan menerimaku dalam apa juga situasi. Mereka tidak akan meletakkan sebarang syarat untuk menerima aku. Mereka menerima segala kekurangan dan keterbatasanku dan menyayangi aku apa adanya. Setiapkali aku menatap gambar-gambar ini, aku tersenyum dalam tangisan.....aku rindu akan detik-detik indah d kelilingi oleh insan-insan yang menyayangi aku. Insan-insan inilah yang akan setia bersama ku dalam apa juga keadaan....yang akan menangis bila aku sedih dan akan sama tertawa bila aku bahagia. Tuhan....terima kasih kerana KAU telah melengkapi kehidupanku dengan anugerah yang terindah dan tidak ternilai ini. Walau hanya beberapa hari aku bersama mereka namun cukup untuk menghilangkan kerinduan yang bermukim d dalam jiwa. Sempat aku berjumpa sanak saudara, adik beradik, anak dan menantu serta cucu-cucuku yang tersayang. Walau waktu bersama sangat singkat tapi cukup membahagiakan aku. Semoga akan ada kesempatan lagi untuk aku bersama-sama mereka dan akan ada lagi hari-hari indah yang menjanjikan bahagia untukku....Jutaan terima kasih buat adikku dan suaminya serta keluarga yang bersusah payah melayan aku sewaktu aku berada d KK.....Sanggup mengambil cuti selama 2 hari agar dapat menemankan aku. Segala apa yang aku inginkan sedaya upaya dia cuba dapatkan....sebut jer teringin nak makan apa....dia berusaha mengadakannya....terharu rasanya hati.....aku teringin nak makan nasi kuning....sebut jer...keesokan harinya da tersedia d atas meja....teringin nak makan mee rojak.....besok pagi da tersedia masa sarapan.....nak sangat makan kuih penjaram....masa jenjalan kat tamu tetiba jer dia hulurkan bungkusan kuih penjaram yang dia belikan untukku. Aku jadi rindu pada arwah mama ku. Sikap adik ku sudah seperti sikap arwah mama ku yang akan selalu mengadakan apa saja yang kami teringin nak makan. Terima kasih juga buat abang-abangku yang bersusah payah meluangkan waktu untuk datang berjumpa dan berkumpul adik beradik......terima kasih buat anak, menantu dan cucu-cucuku yang mewarnai kehidupan ku dengan kehadiran mereka. Sepanjang waktu hari-hariku terisi dengan kebahagiaan dan keriangan bila menatap wajah dua insan kecil yang memanggil aku dengan sebutan NENDA. Terima kasih juga buat anak-anak saudara, adik-adik sepupuku dan juga makcik ku yang sudi meluangkan masa bersama ku....Semoga akan ada lagi kesempatan untuk kita berjumpa d lain ketika. Aku pulang ke Melaka sarat dengan kenangan yang manis....Terima kasih Tuhan kerana telah mengizinkan aku untuk mengecapi betapa bahagianya memiliki keluarga. Aku sayang korang semua...... :-) + :'(
a
Satu-satunya adikku
Iman & Aleesya ANUGERAH TERINDAH
buat ku
Aksi Iman suka bergaya

Happy moment
Alalala.....Aleesya nanges erkkk..
My cute baby doll... Aleesya
My sweet princess....Iman Amira
Iman yang suka bergaya
Anak ku bersama keluarga dan adik sepupunya Ayu
Menantu ku sempat berposing
Dekorasi utk bunga telur majlis bergunting rambut
anak  pada adik sepupuku

Sempat posing sebelum g kenduri
Bunga telur
Adik sepupuku Jiah dgn anak daranya
Menantu ku yang ayu
Adat bertimbang kerana baby lahir bulan Muharam
Sempat snap gambar kucing nih
Diantara barang2 yang akan d timbang bersama bayi
Alisya anak adik sepupu
Jiah & Ella, adik sepupuku
Bersama anak menantu, anak sedara dan cucu
Wahhhh...menantu aku ada FERRARI yan....

Masa jenjalan kat tamu aku tertarik dgn pokok2 nih
Kalau ler Melaka tu dekat, memang aku borong
 bawak balik 

Pokok kaktus
Gerai kristal & mutiara
kuih penjaram versi hijau (perasa pandan)...
tapi aku prefer yang original...my favorite
Kuih kelupis...nyaman ehhh
Adik aku siap beli kek coklat lagi.....
aduyaiii...Iman suka sangat sakat Aleesya
Bersama adik2 sepupuku...sama tak muka kami..??
D one & only....makcik ku....
pengganti arwah mama ku
Majlis bergunting rambut anak adik sepupuku
Adik2 sepupuku yang cun
Nenda tgh tekun mengurus cucu
Anak saudaraku bersama suami dan babynya
Menantu ku bersama cucu ku Aleesya
Yang baju kelabu tu abang aku yang no 3
Seronok dapat kumpul ramai-ramai
Bersama anak sedara ku yang comel....IIN
Abang ku yang sulung dan isterinya
Sempat bergambar walau tak semua ada masa nih
D apit oleh 2 dari 5 hero ku
Bersama anak dan menantuku...
Mama syg kamu
Anak no 5 dan anak no 2
Mama gonna miss u two....jaga diri
bebaik
Nenda love u so much Iman......
Bersama Ayu. Aleesya & Iman
My cute  baby doll...Aleesya
Nenda sayang Aleesya sangat2...sayang cucu 
Nenda nih...
Bersama adikku, anak2 ku &
 cucu2 ku
One happy family
Nenda dengan cucu2nya...
Bersama menantu tersayang
 a.k.a my bff

Aleesya & Aniq...love u both
suka tengok gambar nih.....