Thursday, April 14, 2011

Menjejaki tanah kelahiran.....

13/04/2011 aku memulakan langkah ku dari rumah hingga ke Melaka Sentral.  Dari Melaka Sentral aku menaiki bas ke LCCT pada jam 8.15 pagi dengan tambang RM22.  Kira-kira jam 10.30 aku sampai ke LCCT.  Sempat SMS aniq...anak bungsu ku yang akan bersama-sama dengan ku pulang ke Sabah.  Baru nak mandi....aduyaaiiii....lidutnya (bahasa Sabah - lambat).  Aku pun memilih tempat untuk lepak yang paling selesa dan aku menunggu kedatangan anakku itu.  Hampir jam 2 petang aniq pun sampai dan kami check in tiket dan bagasi kemudiannya kami makan d McD.  Selesai makan terus g masuk untuk boarding.  Cuaca teruk dengan hujan dan petir.  Risau gak melihat keadaan yang mula gelap.  Penerbangan yang sepatutnya d jadualkan pada jam 4 petang terlewat sedikit kerana masalah cuaca. Sebaik aja boarding, aku mula memikirkan keadaan yang akan aku lalui....risau melihat langit yang mula menggelap.  Sepanjang perjalanan memang amat membosankan.  Nak tido pun tak dapat.  Nasib baik d pertengahan jalan cuaca mula bertukar cerah dan sempatlah aku mengabadikan gambar-gambar awan yang sangat-sangat cantik.
Kapalterbang mendarat d Terminal 2 LCCT Kota Kinabalu tepat jam 7 malam dan keadaan d Kota Kinabalu pun hujan.  Adik ku sudah setia menunggu aku.  Sampai d rumah adikku d Taman Sri Indah, Kuala Menggatal kami berehat sebentar dan makan malam sebelum kerumah anak aku untuk berjumpa dengan cucu-cucuku.  Rindu sangat berjumpa dengan mereka.  Cucu ku terus melekat nak ikut dengan aku dan aku pun bawa dia balik ke rumah adikku dan mulalah Iman menjadi "beg tangan" ku...kemana aku pergi dia tak tinggal....melekat terus.  Disini sempat aku upload gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang perjalanan untuk tatapan pembaca setia blog aku nih.  Semoga kalian dapat merasakan kebahagiaan yang aku rasakan saat ini bila berada di samping keluarga nan tercinta.
penerbangan ku

sempat snap
muka tengah boring...nampak tak bekas
luka kat hidung aku
yeye...nak balik kampung

tenang tengok kepulan awan

sempat snap gambar nih

awan mendung yang cantik

wajah happy balik kampung
Iman mmg suka posing

aksi nakal iman

Cucu Vs Nenda

d rumah makcik d kampung

bergambar bersama makcik, anak sedara
dan cucu

aksi buahatiku...suka sangat posing..

sempat snap gambar nih sewaktu nak ke
mahkamah

alisya anak saudara aku dan Iman cucu aku
comel tak anak saudara aku ngan cucu aku

Lokan d Kg Salut

Lokan sedang d panggang

Makcik ku, Adik & Iman sdg menunggu
 lokan yang sedang d panggang

Puding kelapa...my favorite...sejuk & segar

tadaaa....inilah lokan panggang...sedappp

cicah dia pon sedappppp.....

Kalau nak campur kicap pun bole gak
sempat posing bersama makcikku depan
rumah d kampung
singgah d rumah makcik ku kat Kampung