Monday, April 11, 2011

Hari ini dalam sejarah......

11/04/2011 tak akan aku lupakan selamanya.....aku jatuh tersembam kat tangga flat tempat aku tinggal.  Aku balik agak lewat dan ketika naik tangga azan maghrib sudah berkumandang.  Aku percepatkan langkah ku dengan tangan penuh menjinjing barang.  Entah d mana silapnya aku terpijak kain ku sendiri dan jatuh tersembam.  Aku tak dapat menahan dengan tangan kerana kedua tangan penuh berisi barang.  Muka ku tersembam dan hidung ku terhentak d bucu tangga.  Lutut ku terhantuk d simen.  Terdengar ada bunyi "klik" d hidung ku masa terhentak...memang sangat sakit.  Aku gagahi diri untuk bangun semula walau mata da berpinar dan pandangan berpusing.  Bila aku berjaya bangkit aku terasa ada cecair yang menitis dari hidung.  Bila ku sentuh rupanya darah dan aku segera mengesatnya dengan hujung bajuku akibatnya baju ku basah dengan darah.  Aku kuatkan diri berdiri dan meniti anak tangga satu  persatu sambil mulutku tak henti-henti menyebut nama Allah.  Yer laa kalau pun aku pengsan atau mati saat ini sekurang-kurangnya aku mati sebagai seorang Islam.  Sesampainya aku d depan pintu rumah, kelam kabut aku mencari kunci dan membuka pintu grill.  Bila aku da sampai kedalam rumah, aku sempat bagi kucing-kucingku makan sebelum aku masuk kebilik tidur ku dengan darah yang masih mengalir.  Aku terus mengambil tisu dan mengesat hidung ku. Aku tak berani untuk melihat wajahku d cermin.  Tentu mengerikan dengan darah yang tak henti mengalir.  Aku hanya mengesat hidungku sambil menangis menahan sakit.  Aku sempat sms beberapa orang teman dan alhamdulillah mereka menelefon aku  dan terkejut dengan kejadian yang menimpa aku... sempat bertanyakan khabar ku dan aku semakin kuat menangis.  Hehehe....aku nih memang cengeng sedikit.  Kalau sakit jer aku akan menangis.  Bila aku selak kain ku, lututku berdarah melecet dan membiru.  Teruk  jugak aku jatuh  yer.  Saat inilah aku nak sangat ada orang d sisiku.  Menenangkan aku dan memujukku.  hehehe.....
Alhamdulillah darah da berhenti cuma sedikit-dikit jer keluar.  Tuhan nak menguji aku....sejauh mana ketabahan aku.  Alhamdulillah aku redha.  Inilah yang d namakan dugaan.