Wednesday, April 6, 2011

Kesibukan yang melampau

Sejak akhir-akhir nih aku sering sibuk.  Terlalu banyak agenda yang harus d buat dan d laksanakan.  Isnin dan selasa aku mengikuti Kursus Perkhidmatan dan hari ini bila aku mula masuk pejabat setelah dua hari berkursus, sekali lagi aku d arahkan untuk menghadiri Kursus MS ISO.  Masih banyak kerja ku yang belum  sempat aku siapkan.  Laporan, skrip dan surat-surat jemputan untuk perhimpunan  bulan April, minit mesyuarat, menemuramah Pengarah Pelajaran sempena Majlis Persaraan beliau, memberikan 'In House Training' pada staff d bawah seliaan aku dan tugas-tugas seharian.  Minggu depan aku dah mula bercuti untuk balik ke Sabah pulak.  Kadang sesak nafas bila memikirkan semua itu.  Belum selesai satu tugas, tugas yang baru pula menyusul.
Tadi selesai kursus MS ISO, aku, Syira & Cik Lin ke Fitness Centre yang berdekatan dengan pejabat kami.  Disana kami menghabiskan masa melakukan 'work out' d bawah pengawasan Fitness Instructor yang bertugas.  Seronok dan badan jadi ringan bila dapat melakukan senaman yang membakar lemak.  Rasanya lemak dah mula berkumpul kat bawah kulit aku nih....kalau boleh nak singkirkan lemak yang menjadikan aku tembam macam pumpkin nih.....aku nak balik Sabah dengan keadaan fit...supaya senang nak dukung cucu dan main kejar-kejar dengan mereka.  Alhamdulillah sejam masa yang d habiskan d FC memang sangat-sangat berbaloi.  Badan lencun dek peluh....t.shirt yang d pakai habis basah.  Banyak peralatan d FC tu yang sempat aku cuba dan rasa-rasanya nak mendaftar sebagai member kat sana......at least ada gak aktiviti selain jogging.  Kemudahan untuk bersauna pun d sediakan.  Cantekkkkk.....
Apa-apa pun aku tak sabar nak balik Sabah dulu....nak berehat, nak tenangkan fikiran...nak peluk cucu-cucu aku...nak manja-manja dengan dorang....anak dan menantu aku....counting days....